CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Tony dipilih hos The Apprentice edisi Asia

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kejayaan pengasas AirAsia tarik minat produksi kendali programTOKOH usahawan industri penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen digemari ramai, The Apprentice.\n\n\n\nIa diumumkan semalam oleh penerbit bagi Asia program realiti itu, RGM iaitu sebuah syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura.\n\n\n\n\nThe Apprentice yang direka dan diterbitkan Mark Burnett Productions, mencatatkan kejayaan selepas kemunculannya pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan penerbit eksekutif bersamanya.Program berkenaan sejak itu sudah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom yang dihoskan Lord Sugar.“Kami gembira dengan kehadiran Tony dalam program itu. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya, berkarisma dan tokoh Asia yang boleh dikaitkan dengan kejayaan di seluruh dunia,” kata Ketua Eksekutif RGM, Devesh Chetty ketika mengumumkan program itu.Seorang daripada pemimpin perniagaan termuda dan terkenal, Tony yang kini adalah Ketua Eksekutif Kumpulan dan pengasas AirAsia Bhd, adalah penggerak di sebalik, Tune Group Sdn Bhd, syarikat induk AirAsia dan pasukan Formula One Lotus Racing.\n\n\n\nBeliau dijangka menambahkan lagi tarikan pada sesi temu bual rancangan itu dengan perbicaraan jenaka tetapi pintarnya, membuat keputusan berani dan ketabahan sebagai seorang usahawan.Ketika mengulas perkara itu, Tony berkata: “Adalah sesuatu menarik untuk menjadi peneraju The Apprentice Asia.”“Kita akan menyaksikan bakat perniagaan yang cemerlang di rantau ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah,” katanya.The Apprentice Asia akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi perantis bergaji besar kepada Fernandes. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048178 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list