CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12395|Reply: 70

[LUAHAN] ☻♥ zone ramadhan ♥☻

[Copy link]
Post time 1-8-2011 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 23:58

jom kongsikan bersama ape sahaja tentang ramadhan dan puase..




contohnye,




~ ucapan


~ waktu berbuka puase dan imsak


~ lokasi pasar ramadhan yg best


~ resepi masakan untuk berbuka


~ tazkirah


~ amalan2 di bulan ramadhan


~ dan sebagainye yg berkaitan dgn bulan ramadhan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2011 03:23 PM | Show all posts

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap
umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 03:31 PM | Show all posts
carly nak bg resepi lah... tp gambar x de....

semalam carly buat kuih cara
bahan2 nya
tepung gandum
telur
santan
garam
gula
pewarna hijau
air
minyak utk sapu kt acuan
acuan kuih bahulu lah kan... kalu guna acuan kuih lain, lainlah bunyi namanya

caranya :-
satukan semua bahan kecuali gula.... adunan pastikan tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair... panaskan acuan kuih bahulu, sapukan acuan dgn minyak... tuangkan adunan ke dalam acuan, kemudian masukkan gula secukup rasa... biarkan atas api yg perlahan hingga masak.. dah masak, angkat & hidangkan ketika nak berbuka nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 03:49 PM | Show all posts
setiap bulan puasa, ketot mesti buat bubur lambuk..kalau dah tak sempat sangat2, boleh gak beli..tapi ketot lebih suka buat sendiri






ni resepinya................


Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )
  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ ayam kisar ..sukatan ikut selera masing masing
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa



Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  • Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  • Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  • Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  • Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by moyas at 1-8-2011 22:41

Takzirah Ringkas


Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:

“Setiap amalan anak Adam akan diberi ganjaran dari sepuluh hinggalah tujuh ratus kali ganda.”

Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:

Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.”

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta tetapi masih sahaja berbohong, maka ALLAH sama sekali tidak berhajat kepada puasanya, walaupun ia sama-sama berlapar dan dahaga.”

(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:
“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu semasa kita berpuasa, hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 12:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2011 12:48 AM | Show all posts
nak kongsi niat puasa walaupun dah lambat 1 hari puasa...

Lafaz niat ringkas: نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadan kerana Allah Taala. Lafaz niat lengkap: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala. Lafaz niat sebulan: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:16 AM | Show all posts
jika kt Melaka nak kuih serabai ada mak cik tu jual kt sebelah AMJ area Sungai Rambai nak ke Muar... kuih tu muncul masa bulan puasa jer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 08:42 AM | Show all posts
kesian aku dpt berbuke ngn husband pose ke 10 je sobsobsbo..bru la 1st time pose sbg isteri
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:06 AM | Show all posts
sbb ku tgk blom ade yg ltk...so ku letak kelebihan solat tarawih smpi mlm ni...

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.


Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:43 AM | Show all posts

TAZKIRAH RAMADHAN

     ANDAINYA INI RAMADAN TERAKHIR BUATKU


Andainya ini Ramadhan terakhir...
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. Merayu... kepada- Nya Tuhan yang satu

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Penuh khusyuk lagi tawadhuk
Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji
"Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil A'lamin"
(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... Kuserahkan hanya kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam)

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih... Berqiamullail... Bertahajjud...
Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan...
Kita buru... Kita cari...
Suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan
Lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami...
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti... Paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Bagi dirinya yang mampu
Bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha... Bersedia...
Meminta belas ehsan-NYA.

-kredit to mail from office-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 04:34 PM | Show all posts
Tempat buka puasa best ktne eh heehe ngn harga skali yer :p
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 2-8-2011 18:21

Renungan Ramadhan

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'.  Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]


"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu" Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu." Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." [Hadis Riwayat Ahmad]


"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]


Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.

ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.

iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.

v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 06:23 PM | Show all posts
Kelebihan Bulan Ramadhan

1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2. Bulan penuh keberatan.
3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
4. Amal sunat sama dengan solat fardhu.
5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7. Bulan menambah rezeki.
9. Memberi buka banyak pahala.
10. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
11. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:40 PM | Show all posts
menu wa malam ni adalah :
1- Kebab daging (RM2.50)
2- Briyani ayam (RM7.00)
3- Air tembikai (RM2.00)

Cara berbuka :

1- Tunggu Azan magrib
2- minum air 1/2 gelas
3- makan kebab
4- Solat
5- Sambung makan Nasi briyani
6- Minum air tembikai lagi
7- Solat Isyak

Sahur :

1- Kurma 3 biji
2- Air milo segelas
3- Air kosong suam 1/2 gelas
4- Solat Subuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 06:22 AM | Show all posts
TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK


Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 07:03 PM | Show all posts
Cuaca : HUJAN RENYAI


menu wa malam ni adalah :

1- Kurma 1 biji
2- Nasi Kukus Ayam Dara (RM6.50)
3- Kuih 5 keping (RM2.00)
4- Air suam

Cara berbuka :

1- Tunggu Azan magrib
2- minum air 1/2 gelas
3- makan kurma + kuih
4- Solat
5- Sambung makan Nasi Kukus Ayam Dara
6- Minum air suam
7- Solat Isyak

Sahur :

1- Kurma 3 biji
2- Air milo segelas
3- Air kosong suam 1/2 gelas
4- Solat Subuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 07:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by milokopi at 3-8-2011 19:33

Salam Ramadhan semua,

nak berkongsi artikel juga.


PUASA MENYIHATKAN BADAN

BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan. Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.
Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

·  Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
·  Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
·  Mengulangi makanan sepanjang malam.
·  Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
·  Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu. Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli. Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar. Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga. Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa. Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

·  Fasa pertama (dua hingga tiga hari)
– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).
Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

·  Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)
– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.
Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.
Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:29 AM | Show all posts
KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:30 AM | Show all posts

How to fast healthily during Ramadan



With the month of Ramadan upon us it is useful to look at ways of trying to maintain a healthy diet whilst fasting. Fasting for 12 to 24 hours or more can lead to dizziness and fatigue and a lowering of metabolic rate as a means of conserving calories or energy. Here are some simple guidelines to make sure that your diet remains balanced and healthy during this fasting period:


Don't skip breakfast (Suhoor)
Even though sleep may seem far more appealing than waking up to force down some food, don't skip breakfast. Breakfast is the most important meal of the day. Research has shown that breakfast provides the essential energy and nutrients needed for concentration, while keeping hunger symptoms like headaches, fatigue, drowsiness and restlessness at bay. In addition, it speeds our metabolic rates. It is therefore vital to ensure an adequate intake at breakfast time.

Eat a wide variety of foods
When your daily intake is limited to two meals per day, you need to put extra effort into including foods from all the food groups. Our bodies need at least 40 different nutrients daily, to ensure that we grow properly and maintain good health. Although most foods contain more than one nutrient, no single food provides all the necessary nutrients. Moreover, foods have benefits that can't be replicated by a pill. So it is important to eat a wide variety of foods every day, to ensure that we get all of these nutrients. Select foods each day from each of the five food groups:
· Breads, cereals and other grain products
· Fruit and vegetables
· Meat, fish and poultry
· Milk, cheese and yoghurt
· Fats and sugars (these are low in nutrients & high in calories, so limit intake!)

Eat low glycaemic (GI) foods at breakfast to help control blood sugar levels
Carbohydrates are classified according to their glucose response or glyceamic index (GI). The GI measures how fast the carbohydrate of a particular food is converted to glucose and enters the bloodstream. The lower the GI, the slower the food is converted to sugar and the longer it satisfies your hunger. Selecting low GI foods helps maintain normal blood sugar, minimises hunger pangs & satisfies appetite without providing excess calories. Also, by controlling blood sugar levels, you prevent excessive eating binges as a result of low blood sugar levels. Remember to include low GI foods at each meal, and to avoid eating high GI foods on their own, but rather to mix them with low GI foods, which will give an intermediate GI overall.

Be aware of your cooking methods
By making small changes in your cooking habits, you can create great-tasting foods that are also healthy for you. Many of those treasured family-favourite recipes have a very high fat content for today's health-conscious living. Don't give up on your favourites – just convert them! Here's how:

· Always trim off excess fat from before cooking, or use venison, chicken and soya as lower fat options. Remove poultry skin & choose light meat (eg. breast).

· Cut down on fat intake during cooking:


- cook onions in a little water or vegetable stock rather than oil or butter
- use non-stick frying pans & non-stick sprays rather than oil or margarine
- bake, grill or roast foods rather than frying
- cook roasted meat or poultry on a wire rack so that the fat can drip off
- Steam or boil vegetables
- when preparing rice, noodles & other grains, season with herbs, spices & broths rather than added fat
- prepare soups, gravies & sauces in advance, so that they can be refrigerated, allowing you to remove the layer of fat that forms on top.
- Use herbs and spices to add flavour & zest to low-fat cooking. Basil, bay leaf, oregano, & rosemary add distinctive flavours & colours to meat & vegetables. Spices, like cinnamon, ginger & nutmeg enhance the sweet taste of foods, & seasoning blends, such as chilli powder, curry powder provide a complex array of flavours

· Avoid taking in too much salt


- Use garlic, dry mustard, pepper, onions, mushrooms & tomatoes to add flavour to meat and vegetables
- Add sliced lemon or lemon juice to white meats & fish
· Make healthy changes to recipes
Cut the fat in half - if a recipe requires cream or whole milk, use evaporated or fresh skim milk. If a recipe requires a whole egg, use two egg whites, etc.

Eat enough carbohydrate foods - especially those rich in fibre
These foods provide the body with energy. They are rich in B vitamins, and are an excellent source of fibre. Hi-fibre foods also fill you up more than low-fibre counterparts. Foods high in fibre include brown rice, wholegrains, fresh fruit and raw veggies.

Remember your fruits and vegetables
Fruit and vegetables add colour and variety to the menu. They are "protective" foods as they help the body fight off sickness and disease. They are also rich sources of a variety of vitamins, minerals, and fibre, and are low in calories.

Drink sufficient fluid
Always include water in your diet, and cut down on caffeine-containing beverages. Caffeine is a diuretic and will not provide adequate hydration.

We all know that maintaining a balanced diet by eating healthily has a vital influence on your well being. Try following the above principles so that this fast period does not sway too much from the principles of good nutrition

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 1.227327 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list