View: 3289|Reply: 14
|
Rumah Kubur, Dari Pandangan Jin
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by f_zal at 3-8-2011 09:11
Iaitu keadaan sesebuah rumah yang tidak ada padanya orang yang solat juga membaca Qur'an.
Pada pandangan jin:
1. Keadaan dan suasana dalam rumah itu sangat suram tak bercahaya.
Walaupun diwaktu malam, lampu dipasang merata tempat dan terang benderang, namun pada pandangan jin, rumah itu tetap suram dan tak bercahaya...
2. Keadaan rumah itu usang dan sepi seperti rumah tinggal.
Ini adalah dua ciri rumah kegemaran syaitan.
Apabila Ayat-Ayat Qur'an biasa dibacakan di dalam rumah, maka sekurang-kurangnya rumah itu akan mendapat dua sumber cahaya:
1. Dari amalan solat dan membaca qur'an, kerana keduanya adalah cahaya dan cahaya itu akan menerangi sesuatu tempat menjadikan tempat itu bercahaya cerah terang pada pandangan jin.
Juga ada disebutkan bahawa Para Malaikat di langit akan dapat mengenal rumah-rumah yangada dibacakan Qur'an di dalamnya, kerana atap rumah itu akan bercahaya umpama bintang-bintang di langit.
2.Rumah itu juga akan mendapat cahaya daripada tubuh orang yang selalu membaca Qu'ran.
Iaitu dari tubuh orang itu akan memancarkan cahaya ke sekelilingnya.
Contohnya sebuah rumah itu keadaannya suram dan usang pada pandangan jin, apabila dimasuki orang itu, maka cahaya dari tubuhnya akan memancarkan cahaya cerah terang menjadikan suasana rumah itu cerah dan terang.
Dan apabila seseorang yang 'bercahaya' datang kesuatu rumah, maka tindakbalas yang dirasa oleh jin dalam rumah itu adalah bahang panas yang semakin menghampiri bersama cahaya putih cerah dan mungkin jin itu akan lari sebelum 'empunya' cahaya sampai...
Wallohua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadikan rumah kamu itu umpama kubur yang sepi, iaitu rumah yang tidak ada padanya orang yang membaca Qur'an - maksud Hadis |
|
|
|
|
|
|
|
teringat nasyid dari Al-Anwar sekitar akhir 80-an, saya tak lahir pon lagi![](static/image/smiley/default/shy.gif)
Ayatmu penghindar sifat mazmumah
Nur melangit menerpa wajah
Ketenangan dicapai padanya
Menjadikan diri terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
good info bro...![](static/image/smiley/default/icon8.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...aku pun tgh berusaha takmo jadikan umah aku duduk skang ni bak rumah kubur.. |
|
|
|
|
|
|
|
tq.. info yg bagus.. nk kne upgrade amalan.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# f_zal
saya lebih suka menggunakan perkataan 'aura' sebenarnya. Namun hakikatnya cahaya lah juga...
mengikut pengalaman sy, bila kita rajin baca quran dan beramal dgn ayat2 ruqyah, tangan kita akan rasa spt
renjatan elektrik bila kita menyentuh org2 yg terkena sihir (ada jin dlm badan)...rasa 'menggigit' tersebut seolah-olah
nak bagi tau org tu badannya 'berpenghuni'..berbeza dgn org biasa, rasanya 'normal'...org yg 'membela' jin juga tidak boleh menghampiri org2 yg beramal dgn ayat2 ruqayah. mereka akan berasa panas, pening serta loya.....dan apa yg diberitahu oleh seorang perawat,
org yg membaca al-Quran dan beramal ngan sunnah SAW ni, badan mereka berwarna-warni, dan ada yg boleh berpecah kpd beberapa bahagian,
sesuai dgn niat perawat tersebut (mengikut pandangan mata jin)...
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply f_zal
saya lebih suka menggunakan perkataan 'aura' sebenarnya. Namun hakikatnya c ...
pandaniw Post at 3-8-2011 17:46 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ye, btol tu, boleh juga dikatakan aura,
dan segala2 yang tuan katakan itu juga sama apa yang saya tahu![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun alaik..
Tq bro kerana sharing info.
Kita umat Islam memang digalakkan membaca al Qur'an di dalam rumah, kerana ia menghalau syaitan dan menarik malaikat rahmat masuk ke rumah.
Adakah ia juga akan memanggil jin Islam ke rumah?
Pernah berlaku, kerana jin Islam yang soleh dan warak akan terpesona dengan keindahan bacaan ayat2 al Quran dan tumpang tinggal di rumah yang penghuni manusianya juga seorang yang alim dan ahli ibadah, dgn harapan akan menambahkan iman mereka juga. Mereka hormat dan menyegani dgn manusia yang soleh ini, dan secara tidak langsung juga mereka bertindak sebagai penghalau kepada mana2 jin kafir yang nak buat kacau. Tapi ingat kita tidak minta tolong pada mereka, cuma Allah s.w.t semata2. Jadi rumah atau tempat tinggal yang dipenghuni oleh manusia dan jin yang sentiasa membaca al Qur'an akan bertambah lagi keberkatan dan dilimpahi rahmatNya. Insya-Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply f_zal
saya lebih suka menggunakan perkataan 'aura' sebenarnya. Namun hakikatnya c ...
pandaniw Post at 3-8-2011 17:46 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
mana leh samakan aura ngan cahaya/nur/sinar....lain banget tu! |
|
|
|
|
|
|
|
mana leh samakan aura ngan cahaya/nur/sinar....lain banget tu!
juragan_malam Post at 4-8-2011 14:33 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mungkin boleh dikatakan aura yang dipancarkan kelihatan seperti cahaya pada pandangan jin?
perkara2 alam ghaib ini banyak khilafnya, apa2 pun al-Quran dan as-Sunnah kena jadikan keutamaan,
wallohualam![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin boleh dikatakan aura yang dipancarkan kelihatan seperti cahaya pada pandangan jin?
perk ...
f_zal Post at 4-8-2011 15:38 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalau dah tak sama mana boleh didatangkan dengan seperti, kalau seperti tu maknanya sama sedangkan barangnya berbeza.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah tak sama mana boleh didatangkan dengan seperti, kalau seperti tu maknanya sama s ...
juragan_malam Post at 4-8-2011 15:41 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
haruskah diboldkan bahawa ianya dari sudut pandangan jin? |
|
|
|
|
|
|
|
haruskah diboldkan bahawa ianya dari sudut pandangan jin?
f_zal Post at 4-8-2011 07:47
Huhuhu...x.perlu.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
| |
|