CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Singgah Sahur mulakan penjelajahan

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peluang berhibur, beramah mesra bersama masyarakat setempatSUASANA di Hospital Sungai Buloh pada tengah malam, hari Isnin lalu cukup berbeza. Suasana yang kebiasaannya sepi kecuali apabila berlaku kecemasan berubah dengan kehadiran rombongan krew Singgah Sahur yang menjadikan lokasi pertama kunjungan mereka.\n\n\n\nMeneruskan tradisi sejak tujuh tahun lalu, fokus utama tetap mendekati masyarakat menerusi aktiviti bersahur bersama sekali gus beramal demi kebajikan mereka yang memerlukan.\n\n\n\n\nSememangnya seluruh warga kerja hospital bersama pesakit dan waris berbesar hati menyambut kehadiran rombongan yang diketuai Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, MPB, Ahmad Izham Omar.Lebih istimewa apabila episod pertama yang disiarkan secara langsung selama sejam bermula 12.30 tengah malam di TV3 itu turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Ahmad Izham, berkata kunjungan rombongan Singgah Sahur diharap mampu menyemarakkan semangat Ramadan malah bukan hanya mereka yang beragama Islam, antara lain adalah mendekati pelbagai bangsa.“Kepelbagaian budaya dan agama yang terdapat di dalam konteks pluralisme di negara ini seharusnya tidak dijadikan penghalang dalam melaksanakan sebarang misi murni malah sebagai stesen televisyen prihatin, usaha ini antara inisiatif mendekati semua insan.\n\n\n\n“Sepanjang menjelajah ke seluruh pelosok tempat termasuk pedalaman hingga Sabah dan Sarawak, Singgah Sahur mendedikasikan keringat dan kasih kepada golongan kurang bernasib baik hingga dinobatkan sebagai program Ramadan yang cukup meninggalkan kesan,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.TV3 juga berharap program berkenaan mampu membuka mata serta hati khalayak untuk sama-sama beramal seterusnya melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam sesebuah komuniti.Justeru, musim baru Singgah Sahur 2011 membawa pendekatan lebih mesra dengan menampilkan ramai personalitinya seperti Ally Iskandar, Nurul Syuhada, Nor Azzura, Fiza Sabjahan, Azizah Ariffin, Teh Syuhada, Zainal Ariffin, Abby Fana, Ahmad Fedtri Yahya, Hazlin Hussein, Hazrena Kassim, Aidid Marcello dan Syarida Sharif. Kali ini juga, penyampai berita stesen TV ini juga turut turun padang seperti Suhaimi Ahmad, Nasharudin Tajudin, Izwan Azir Salleh, Mior Malek Raiyani, Saiful Nizam Ismail, Pushpavathy Ramaloo dan Yasir Mansor dalam merealisasikan sorotan pengalaman bersahur tidak terkecuali artis jemputan.Terdahulu, sebagai pembukaan seramai 25 ahli kelab Motor TV3 yang diketuai Datuk Seri Farid Ridzuan berkonvoi dari Seri Pentas Petaling Jaya hingga ke perkarangan hospital terbabit menandakan permulaan kembara mereka bersama Singgah Sahur.Mereka akan bersama krew menjelajah ke Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak membabitkan lapan lokasi iaitu Jalan Chow Kit disusuli ke Ipoh dan Kubu Gajah, Perak selain Hulu Langat, Penjara Kajang, Hospital Kusta Sungai Buloh serta bersama masyarakat Bidayuh dan Kenyah di Sarawak. Antara yang bakal diraikan pula adalah penghuni rumah kebajikan, penjara banduan wanita Kajang, golongan gelandangan, mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat serta menziarahi penduduk desa di Felda Ijok, Kuala Kubu Gajah, Perak.Dalam episod pertama pula, pengalaman kakitangan hospital serta situasi di wad kecemasan dan temubual dengan ibu yang melahirkan bayi 1 Ramadan dikongsi bersama penonton malah agihan sumbangan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.Setiap personaliti bergilir-gilir menemubual beberapa individu termasuk pakar pemakanan, penyelaras gotong-royong serta menjenguk ke perkarangan tempat letak kereta hospital bagi menyaksikan sukarelawan Puteri UMNO memasak bubur lambuk.Menariknya untuk perjalanan ke Ipoh nanti, rombongan dijadualkan menaiki keret api laju ke bandaraya berkenaan seterusnya memulakan penjelajahan ke destinasi pilihan dengan berkonvoi.Bagi menjayakan keseluruhan program yang dijadualkan berakhir pada 28 Ogos pula, seramai tujuh penerbit dipertanggungjawabkan mengendalikan sembilan episod untuk musim kali ini. Mulai 5 Ogos, program ini bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 12.35 tengah malam manakala siaran ulangan pada Sabtu dan Ahad jam 5 petang bermula 6 Ogos. Bagi episod akhir pada 28 Ogos, sekali lagi ia bakal bersiaran selama sejam bermula 12.30 tengah malam yang diadakan di Hentian Puduraya Kuala Lumpur sekali gus merasai semarak sambutan Aidilfitri.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057847 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list