CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Alyah Menunggu Cahaya

[Copy link]
Post time 11-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mengintai peluang melebarkan bakat di Singapura, Indonesia dan BruneiLAGU terbaru nyanyiannya, Kisah Hati mendapat sambutan baik, bukan saja sering dimainkan di corong radio, bahkan turut menjadi tema bagi drama bersiri TV.\n\n\n\nIni secara tidak langsung lagu Kisah Hati boleh dikatakan berjaya memenuhi sebahagian cita rasa pendengar dan peminat. Sebelum ini, lagu nyanyiannya Tak Mungkin Kerana Sayang juga menjadi siulan peminat dan pendengar sehingga hari ini.\n\n\n\n\nMelihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan dari peminat, Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Alyah akan menghadiahkan sebuah lagi single dalam masa terdekat ini.“Di penghujung bulan Ramadan ini saya akan masuk studio bagi merakam single yang seterusnya, bertajuk Menunggu Cahaya, ciptaan Julfekar dan lirik oleh Roslen Fadzil. Seperti lagu Kisah Hati, lagu ini akan melalui proses sama, yang mana saya juga akan menerbitkan muzik video untuk lagu yang berkonsepkan balada ini.“Selain itu, saya bersyukur di atas sambutan yang diterima menerusi lagu Kisah Hati, dan sekarang saya masih lagi sedang rancak mempromosikan lagu ini. Selepas Aidilfitri ini, saya ke Singapura bagi meraikan pendengar di sana pula.“Tidak ubah seperti lagu Tidak Mungkin Kerana Sayang, saya mengambil masa dua tahun tanpa henti mempromosikan lagu ini, dan cara sama juga akan digunakan untuk lagu Kisah Hati. Seboleh-bolehnya saya mahukan liputan yang meluas.\n\n\n\n“Saya mahu mengintai peluang di Singapura, Brunei dan Indonesia. Secara tidak sedar lagu saya, Kisah Hati, turut didengari di Singapura, jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekatkan diri dengan peminat di sana,” katanya yang ditemui ketika menghadiri Rakaman Syoknya Raya bersama KL FM dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Selain itu, album penuh Alyah yang memuatkan enam lagu dijangka berada di pasaran tempatan hujung tahun ini. Dia tidak mahu terburu-buru menghasilkan album, dan mengambil langkah untuk mengeluarkan single demi single sebelum pengeluaran album penuh.Kelebihan strategi ini, katanya, jika peminat sudah biasa mendengar barisan lagunya, kebarangkalian untuk membeli album adalah lebih tinggi. Antara lagu yang akan dimuatkan ialah Kau Bisa, Realiti Dewi, Kisah Hati, Pesananmu dan Menunggu Cahaya.Tidak berbuka bersama keluargaMenceritakan mengenai projek terbarunya, wanita berusia 30 tahun ini akan berduet bersama sebuah kumpulan wanita yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya, Like Music. Kumpulan yang dikatakan ini dianggotai oleh tiga wanita berbakat yang menggelarkan diri mereka sebagai Coklat. Paduan Alyah dan Coklat ini dapat dilihat menerusi lagu Boomerang, berkonsepkan retro pop, akan menemui peminat selepas Hari Raya nanti.Menurutnya, bukan berniat menumpang namanya, kerjasama ini adalah untuk mempromosikan mereka di arus perdana seni tempatan sebagai artis yang bernaung di bawah syarikatnya. Alyah turut mengagumi gabungan bakat ketiga-tiga wanita tersebut dan diharapkan mereka mendapat tempat di hati peminat.Merayakan sambutan Ramadan kali ini, Alyah turut terbabit dalam merakam suara untuk album Siapa Peduli? yang tidak berteraskan keuntungan, sebaliknya hasil jualan disumbang ke tabung Pembinaan Hospital Kanak-kanak di Gaza.Album amal ini adalah projek khas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Sheikh Qalam Records, One Scream Studio.Katanya, sebelum dia kembali sibuk dengan perjalanan seninya, Alyah sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama keluarganya di Johor pada Ramadan pertama hingga Ramadan kelima.“Selain jemputan berbuka puasa, saya juga mengambil peluang untuk menjayakan pelbagai aktiviti fotografi sempena Syawal dan Ramadan. “Sebelum bulan puasa, diakui saya sangat sibuk dengan macam-macam aktiviti, oleh itu saya mengambil peluang dengan kedatangan Ramadan ini, saya mahu mengurangkan sedikit aktiviti dan memperbanyakkan aktiviti fotografi yang banyak tertangguh. Saya juga akan ke Singapura, meluangkan masa berbuka puasa bersama TV Singapura.“Sementara itu, saya tidak banyak terbabit dengan program raya, antara yang saya hadiri ialah Konsert Sensasi 2, Ketuk-Ketuk Ramadan serta beberapa program hiburan TV lain,” katanya.Berbual mengenai sambutan Hari Raya Puasa, Alyah akui sambutan raya kebelakangan ini tidak lagi semeriah tahun-tahun yang lalu. Mungkin disebabkan pertambahan usia mahupun perubahan zaman, yang mana kemeriahan raya hanya dirasai pada Syawal pertama saja, dan selepas itu masing-masing akan kembali sibuk dengan kerja.Sambutan raya buat ibu kepada Naziatul Afikah, 3, ini lebih tertumpu pada anaknya dan seperti kebiasaan hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam ini disambut dengan suasana yang sederhana bersama keluarga tersayang di kampung halaman.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.125847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list