CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

Langkah besar Mila

[Copy link]
Post time 5-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Bersemangat asah bakat di London\rMENGUKIR nama di negara asing bukan mudah, apa pun ia bukan sesuatu yang mustahil bagi anak Malaysia untuk meluaskan bakatnya dalam muzik. \r\n\n\n\nSebelum ini Zee Avi dan Yuna sudah membuktikannya dengan bernaung di bawah syarikat rakaman di Amerika.\r\rMungkin hendak mengikut jejak dua gadis itu, kini bersandarkan pada konsep pop, juara Akademi Fantasia musim kelima, Nor Sharmila Jirin atau Mila pula berjaya mencuri tumpuan orang luar, yang mana dia dilamar oleh CEO syarikat rakaman dari London, iaitu Mike King.\r\n\n\n\n\n\rWalaupun tidak berjaya meraih kemenangan di pertandingan Open Mic United Kingdom di Manchester pada hujung tahun lalu, Mila bertuah kerana dari situ bakatnya dilihat, sekali gus ditawarkan untuk menerbitkan album Inggeris bersama mereka.\rBagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Mila bakal melancarkan single bahasa Inggeris yang pertama, berjudul Breakdown, manakala albumnya akan dipasarkan pada awal tahun hadapan. \rUntuk album Inggeris yang pertama itu, terdapat beberapa komposer dari United Kingdom, Russia dan Scotland yang terbabit, yang mana salah seorang dari mereka pernah bekerjasama dengan penyanyi popular Britain, Pixie Lott iaitu Laurence Hobbs. \rSepanjang dua bulan di sana, dari Jun lalu, Mila berjaya merakam 15 lagu, namun pihak syarikat rakaman hanya memilih 10 lagu yang dirasakan terbaik untuk dimuatkan dalam album yang diterbitkan sepenuhnya oleh BGM Music London itu.\rMengulas mengenai perjalanan seninya, penyanyi bertubuh kecil ini menegaskan mungkin apa yang dilakukan seolah-olah seperti satu trend, tapi baginya itu semua sebagai peluang keemasan dan secara tidak langsung menunjukkan industri kita mengalami satu perkembangan yang positif. \r\"Tidak salah Mila mencuba, dan dengan cara ini Mila boleh membuka lebih banyak mata di samping menarik pendengar baru. \rSebelum ini boleh peminat Mila banyak terdiri daripada Melayu, (tetapi) dengan penerbitan album Inggeris ini Mila boleh menarik pendengar kaum Cina dan India, bahkan mungkin pendengar di United Kingdom dan negara di benua Eropah yang lain.\r\"Sementara itu, untuk album ini Mila tidak mengeluarkan duit sendiri. BGM Music yang menanggung perbelanjaan penerbitan album ini, Mila hanya mengeluarkan duit poket sendiri dan untuk pengangkutan saja.\r\"Rakaman yang dijalankan di sana tidak seperti di sini, yang mana Mila merakam lagu pada waktu pagi dan dalam seminggu Mila dapat merakam dua atau tiga lagu. Sebelum proses rakaman bermula, Mila ada kelas intensif vokal dan Bahasa Inggeris, di mana Mila diajar cara sebutan serta pelbagai teknik vokal yang baru,” jelasnya bersungguh-sungguh.\rBerbeza dengan album pertama dan kedua yang pernah diterbitkan sebelum ini, album terbaru Mila itu berkonsepkan Pop Dance dan Electropop kerana mengikut permintaan pasaran di United Kingdom. Namun begitu, Mila tidak mengetepikan peminat di sini, di mana album ini turut dilancarkan di sini dalam tahun hadapan. \r\"Di sana tidak ada yang mengenali Mila seperti di sini, jadi hanya lagu yang akan dilancarkan di iTunes lepas raya ini. Selepas lagu-lagu itu dikenali, mungkin kita akan lancarkan album di sana pula. Mila juga sempat menjalani penggambaran muzik video untuk lagu Breakdown di Camden Town, London,\" katanya yang ditemui pada sidang akhbar pengumuman Mila mewakili negara dan penyerahan tajaan sebanyak RM30,000 oleh Malaysian Society Building Berhad (MBSB) ke Golden-Talent International Performers TV Competition Batumi Georgia di D\'Saji Felda Villa baru-baru ini.\rMila sampaikan lagu Beyonce di Georgia\rBELUM lagi panas punggungnya, gadis yang baru saja pulang dari London awal Ogos lalu ini akan ke Georgia pula untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian yang akan menggabungkan peserta dari 23 buah negara.\rSelepas berjaya mengharumkan nama negara di Festival Muzik Pop Antarabangsa ke 17 Discovery, di Varna Bulgaria pada 2008, anak jati Pulau Pinang ini terus berbakti pada negara dengan dijemput oleh Georgian Art Festival dan World Associatioan of Festivals and Artiste (WAFA) bagi mewakili negara dan stesen TV Astro, selaku penyiar rasmi.\rMila bakal berkongsi pentas dan berentap dengan barisan artis antarabangsa dari seluruh Eropah dan Asia, antaranya ialah Shontele, Amerie, Blue dan ramai lagi serta akan diadili oleh lebih 20 orang juri dari serata negara.\rFestival yang julung kali diadakan ini akan ditayangkan secara langsung di stesen TV terbitan Georgia, iaitu Imedi TV, manakala siaran tertunda akan dapat dilihat di 23 buah stesen TV di 23 buah negara yang terbabit antaranya, United Kingdom, Itali, Spain, Turkey dan Thailand. Festival ini akan berlangsung selama empat hari dari 7 hingga 10 September ini.\rMila yang berangkat ke Georgia pada 3 September lalu, berkata, dia akan membuat persembahan pada hari kedua dan ketiga dan pada 8 September akan menyanyikan lagu Kasih Yang Terdampar dan hari seterusnya kombinasi dua lagu Inggeris, Benny and The Jets dan Listen, nyanyian asal oleh Elton John dan Beyonce.\rDalam pada itu, berbekalkan hasrat dapat mengharumkan negara sekali lagi, Mila berharap dia dapat melakukan yang terbaik dalam mengembangkan lagi namanya di persada muzik antarabangsa selaras dengan pelancaran album Inggeris yang pertama itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059364 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list