View: 127|Reply: 0
|
NadiBiz: Internet bukan lagi barangan mewah
[Copy link]
|
|
P1 tawar golongan sederhana, rendah akses perkhidmatan jalur lebar pada kadar berpatutanRESAM orang berniaga sudah pasti tidak dapat mengelak daripada risiko. Sebesar mana pun perniagaan atau sekukuh mana pun persediaan, masalah sudah pasti akan menjengah pada waktu tidak diduga.\rSaya tidak pernah jangkakan mimpi ngeri berlaku ketika Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) meningkat naik dan membina kepercayaan pelanggan, walaupun pelbagai persediaan sudah dilaksanakan namun ia tetap berlaku juga, kata Ketua Eksekutif P1, Michael Lai.\r\n\n\n\n\r Beliau yang juga pengasas syarikat telekomunikasi WiMax pertama Malaysia itu, berkata detik paling mencabar pernah dialaminya ialah ketika rangkaian perkhidmatan syarikatnya tergendala selama sembilan jam.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, lebih pedih apabila mimpi ngeri itu berlaku sewaktu syarikat berusaha keras membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggannya yang ketika itu seramai 60,000 pelanggan pada pertengahan 2009.\rSebagai syarikat yang baru bermula, memang saya ada menjangkakan ia akan berlaku satu hari nanti, tapi sebolehnya saya berdoa supaya saya tidak menerima panggilan menyatakan rangkaian perkhidmatan saya tergendala.\rIa menyebabkan pelbagai masalah dan pusat panggilan kami sesak, namun sebagai perintis ia adalah satu daripada cabarannya, tiada petunjuk yang bakal memberikan kita panduan kerana hanya kita yang menentukannya.\rSebagai syarikat berteraskan perkhidmatan pelanggan, apa juga masalah yang menjejaskan pelanggan bakal memberi kesan besar dan impak kepada perniagaan ini, katanya.\r\n\n\n\n\rSetiap pengalaman perit pasti ada pengajarannya, dan kini Lai boleh berbangga apabila syarikat yang ditatang sepenuhnya itu berjaya membina empayar dengan bermula daripada sifar kepada kini 200,000 pelanggan yang mewakili 40 peratus daripada penduduk di Malaysia dalam hanya dua tahun.\rDitanya detik awal memulakan perniagaan beliau berkata, sebelum menyertai dan membuka syarikat itu beliau pernah berkecimpung dan aktif dalam beberapa perniagaan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia.\rKatanya, antara syarikat terbabit adalah Oracle iaitu satu daripada syarikat IT terbesar di dunia, Celcom iaitu bahagian pemasaran dan pembangunan pasaran yang terbabit ketika melancarkan 3G dan terakhir sekali menerajui TM Net sebagai Ketua Eksekutif.\rPada 2006, ketika saya mengetuai TM Net saya nampak masa depan dalam jalur lebar mudah alih ini, bagaimana ia boleh mengubah cara kita berkomunikasi di dunia ini dan ketika itu saya yakin ia bakal menjadi fasa baru dalam telekomunikasi mudah alih.\rJusteru, bersama Green Packet, Puan Chang Cheong, kami rasakan sudah tiba masanya untuk memperoleh lesen daripada kerajaan. Pada 2007 saya menyertai P1 dan perjalanan P1 bermula apabila kami menerima lesen daripada kerajaan tanpa menoleh ke belakang lagi, katanya.\rLai berkata, peluang pasaran yang luas dan berpotensi menjadi titik tolak yang penting kepada syarikat dan ia terbukti selepas empat tahun beroperasi apabila perkhidmatan jalur lebar kini menjadi semakin penting kepada pengguna meliputi segenap keperluan kehidupan moden.\rBahkan, katanya, pakar industri turut melontarkan pendapat yang menyatakan akses internet kini bukan lagi satu barangan mewah, tetapi ia kini menjadi hak asasi kepada semua manusia untuk berhubung secara lebih luas antara mereka.\rPada awal operasi kami perlu bekerja lebih keras bukan sekadar untuk menjual produk dan perkhidmatan kami tetapi juga mendidik masyarakat. Jadi kami sering turun padang pada hujung minggu untuk ketuk pintu dari rumah ke rumah bagi memahami keperluan pelanggan dan bagaimana kita boleh memenuhinya.\rSaya masih ingat dulu saya pernah bawa anak saya yang berusia 13 tahun untuk mengetuk dari rumah ke rumah di apartmen dan kondominium mewah di kawasan Sentul. Di sana ada lebih 200 unit rumah yang kami singgah untuk meninjau potensi pasaran.\rAgak mengejutkan apabila kami dapati daripada 100 kediaman apartmen yang dilawati hanya ada sekitar empat rumah yang memiliki komputer, dan ini menyedarkan kami keperluan menyediakan pelan sesuai dengan keperluan golongan sederhana menerusi langkah mempakejkan pelan kami dengan komputer atau laptop, katanya.\rBeliau berkata, langkah itu adalah cabaran paling penting bagi beliau untuk memahami keperluan pasaran kerana sebelum ini banyak pihak menyangka komputer adalah antara perkakasan yang wajib ada di setiap kediaman namun ia meleset sama sekali bagi golongan sederhana dan rendah.\rKatanya, internet tidak boleh diakses tanpa komputer atau laptop, justeru pihaknya perlu turut mempertimbangkan keperluan golongan sederhana dan rendah itu bagi memastikan syarikat kekal relevan untuk semua peringkat pasaran.\rMenerusinya kami mudah memasuki pasaran sederhana dan rendah ini, dan kami mula melaksanakan pelbagai promosi yang menepati keperluan golongan ini termasuk berada di pasar malam di seluruh negara.\rSaya menemui minat dalam perniagaan ini kerana ia memberi manfaat besar kepada pengguna, maka tiada masalah untuk saya turun padang bertemu rakan niaga dan meninjau operasi promosi oleh pekerja saya di pasar malam bagi memastikan mereka menjual produk ini dengan cara yang betul tanpa memikirkan keuntungan semata-mata, katanya. \rSebelum mengakhiri temu bual, beliau sempat berpesan tiga perkara kepada bakal usahawan yang mahu mencontohi kejayaan beliau empayar perniagaan di Malaysia iaitu kenal pasti tujuan hidup, sentiasa mempunyai minat mendalam dan teruskan usaha tanpa mengalah. \rLai berkata, setiap usahawan perlu memiliki tujuan dalam kewujudannya atau apa yang ingin diwarisi dalam perniagaan kerana di situlah terletaknya satu titik permulaan sebuah empayar yang berjaya.\rSemua syarikat mega global mempunyai tujuan hidupnya tersendiri dan mereka bertahan berdekad lamanya dengan mengekalkan dan memelihara tujuan ini seperti BMW yang ingin memberikan pemanduan yang maksimum dan ia kekal sejak ia ditubuhkan sehingga kini.\rDari situ kita akan memperoleh minat, kerana tujuan yang kukuh akan mampu menyalakan minat untuk kamu terus mengejar tujuan itu setiap masa dan akhir sekali adalah tidak mudah mengalah kerana setiap perniagaan dan keputusan yang diambil pasti akan ada cabarannya.\rKita yang menentukan apa yang akan generasi masa depan bakal mengingati kita, katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|