CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

KWSP raih pulangan RM6.75b

[Copy link]
Post time 14-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pertumbuhan ekonomi suku kedua stabil lonjak prestasi pelaburan\rKUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pulangan pelaburan sebanyak RM6.75 bilion dalam tempoh suku kedua berakhir 30 Jun lalu, meningkat 24.42 peratus berbanding RM5.93 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Ini menjadikan pulangan pelaburan terkumpul pengurus dana pencen itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak RM13.28 bilion.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam suku pertama lalu, ia mencatatkan pulangan pelaburan sebanyak RM6.53 bilion.\rKetua Eksekutifnya Tan Sri Azlan Zainol, berkata  tiga kelas aset KWSP mencatatkan prestasi tertinggi dalam tempoh suku kedua tahun ini, iaitu ekuiti, pinjaman dan bon serta Sekuriti kerajaan Malaysia hasil pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan.\rKatanya, ekuiti memberikan sumbangan tertinggi dengan pendapatan pelaburan sebanyak RM3.27 bilion, meningkat 47.89 peratus berbanding  RM2.21 bilion pada suku kedua 2010, hasil prestasi pendapatan korporat yang lebih kukuh dan asas ekonomi negara yang berdaya tahan.\r“Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, asas ekonomi Malaysia terus terbukti berdaya tahan dengan pertumbuhan suku kedua stabil pada paras empat peratus.\r\n\n\n\n\r“Kebanyakan sektor pelaburan ekuiti KWSP memperoleh pendapatan dan dividen baik. Aktiviti mengambil untung daripada penjualan sesetengah aset pelaburan KWSP juga menyumbang kepada prestasi menggalakkan ini,” katanya dalam kenyataan mengumumkan prestasi pelaburan yang belum diaudit itu semalam.\rAzlan berkata, pinjaman dan bon adalah penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan pelaburan KWSP dalam tempoh suku kedua lalu dengan pulangan sebanyak RM1.87 bilion, meningkat 11.43 peratus berbanding suku kedua 2010.\r“Pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia pula menjana pendapatan sebanyak RM1.39 bilion, naik 5.29 peratus.\r“Bagaimanapun, pulangan daripada Instrumen Pasaran Wang menguncup 1.04 peratus berbanding suku tahun sama tahun lalu dengan mencatatkan pulangan RM192.41 juta manakala pendapatan daripada pelaburan hartanah meraih RM28.50 juta, meningkat 25.22 peratus,” katanya.\rAzlan berkata, KWSP akan terus berusaha meningkatkan nilai dananya dengan meneroka jenis pelaburan yang mampu menghasilkan pulangan lebih tinggi tanpa pendedahan kepada risiko yang berlebihan, termasuk mempelbagaikan lagi kelas aset.\rNamun melangkah ke hadapan, beliau menegaskan, perkembangan ekonomi baru-baru ini memberikan gambaran bahawa 2012 dijangka diselubungi ketidaktentuan kerana kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat akan terus mempengaruhi tindakan pelabur.\r“Bagaimanapun, dengan rangka pengurusan risiko dan strategi pelaburan taktikal yang mantap, KWSP sentiasa bersedia menangani cabaran dan merebut peluang yang mendatang. KWSP akan terus berhati-hati dan teliti dalam aktiviti pelaburannya dengan mengekalkan pendekatan pelaburan yang berhemah dan berisiko rendah,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.104497 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list