CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Karachi lumpuh dilanda banjir

[Copy link]
Post time 14-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pakistan hadapi bencana baru hujan berterusan dua minggu\rKARACHI: Bandar terbesar Pakistan, Karachi, yang juga pusat komersial lumpuh selepas dilanda banjir selepas hujan berterusan sejak dua minggu lalu melanda kawasan selatan wilayah Sindh itu.\r\n\n\n\n\rIa memaksa sekolah dan pasar ditutup selain menyebabkan pemandu terpaksa membiarkan kenderaan mereka begitu saja selepas jalan raya ditenggelami air.\r\r\n\n\n\n\nBanyak kampung juga dinaiki air selepas terusan melimpah dan kurangnya usaha untuk menurunkan paras air ketika kebimbangan meningkat bencana baru melanda Pakistan yang belum pulih daripada banjir besar tahun lalu.\rBencana tahun lalu menyebabkan 800,000 keluarga hilang tempat berteduh manakala lebih sejuta lagi memerlukan bantuan, kata agensi bantuan kemanusiaan.\rKira-kira 200 orang di Sindh terkorban kerana banjir terbaru selain menyebabkan 280,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.\rBanjir kali ini juga merosakkan atau memusnahkan 1.2 juta rumah dan membanjiri 4.5 juta ekar (1.82 juta hektar) kawasan sejak hujung Ogos lalu, kata pegawai pengurusan bencana dan kumpulan bantuan Barat.\r\n\n\n\n\rDi Sindh, hujan diramalkan berterusan, kebanyakan jalan raya tidak boleh dilalui, kereta terkandas dan ada stesen minyak ditenggelami air.\r“Kami merekodkan 50-100 milimeter hujan di Karachi dan situasi agak teruk. Banyak jalan utama dan kawasan ditenggelami air buat masa ini dan ia mungkin menjadi lebih teruk,” kata Mohammad Hussain Syed, pegawai yang menyelaras bantuan.\rPegawai saham Pakistan di sini berkata mereka akan tutup lebih awal manakala banyak bank turut mengambil langkah sama.\r“Saya fikir boleh sampai ke tempat kerja, namun ia ternyata salah. Kini saya terkandas. Kereta saya rosak malah saya tidak dapat cari sesiapa untuk membantu,” kata pegawai bank Khalid Hussain yang berdiri dengan air paras lutut.\rMusim hujan melanda kawasan Asia Selatan mulai Jun hingga September dan ia amat penting untuk pertanian. Banjir 2010 mengorbankan kira-kira 2,000 orang dan menyebabkan 11 juta penduduk kehilangan kediaman, bencana alam terburuk Pakistan.\rSatu perlima Pakistan ditenggelami air, kawasan bersaiz Itali dan kerajaan berdepan bil AS$10 bilion (RM30 bilion) untuk membaiki kerosakan  rumah, jambatan, jalan raya dan infrastruktur lain.\rPekerja bantuan melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan wabak penyakit berikutan banjir baru, terutama di kalangan kanak-kanak.\rBandar dekat Laut Arab ini dan pelabuhan utama negara, menyumbang kira-kira dua pertiga hasil cukai keseluruhan kerajaan dan 25 peratus keluaran dalam negara kasar Pakistan.\rBanjir adalah perkara terakhir yang diperlukan di bandar dengan kira-kira 18 juta penduduk itu. Keganasan politik dan etnik, jenayah terancang, samseng dadah dan militan Islam mengkucar kacirkan ibu kota ini, mencetuskan gesaan terbaru untuk satu tindakan keras tentera. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 1.402966 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list