View: 131|Reply: 0
|
Bucyrus sesuai pelan Sime Darby
[Copy link]
|
|
Penuhi rancangan strategik jadi pembekal produk kejuruteraan\rSIME Darby Industrial Sdn Bhd akan melaksanakan pelan strategik lima tahun dengan matlamat menjadi pembekal produk berasaskan kejuruteraan dan penyelesaian industri berat terulung di Asia menjelang 2016.\r\n\n\n\n\rLangkah berkenaan akan membolehkan syarikat milik penuh Sime Darby Bhd itu terus menjadi antara penyumbang utama kepada keuntungan konglomerat itu.\r\r\n\n\n\n\nBagi tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu, Sime Darby Industrial muncul penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan Sime Darby dengan menyumbang RM1.1 bilion atau 18 peratus daripada keuntungan sebelum cukai kumpulan itu,\rMenerusi pelan strategik itu, Sime Darby Industrial yang kini mengedar dan menguruskan kelengkapan industri, alat ganti dan servis komprehensif bagi jenama Caterpillar dan jenama sekutunya di pasaran tempatan dan antarabangsa antara lain akan melaksanakan beberapa pengambilalihan aset milik syarikat asing, khususnya yang terbabit dalam industri perlombongan.\rNaib Presiden Eksekutif Sime Darby Industrial, Scott William Cameron, berkata syarikat itu merancang mengambil alih beberapa aset pengagihan milik Bucyrus International Inc, iaitu pereka dan pengeluar peralatan perlombongan bawah tanah berpangkalan di South Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.\r“Bagi tujuan itu, Sime Darby Industrial sedang berunding dengan Caterpillar Inc yang baru saja memuktamadkan pengambilalihan Bucyrus Julai lalu. Jika berjaya, pengumuman mengenainya akan dibuat sebelum akhir tahun ini,” katanya pada taklimat media mengenai pelan hala tuju baru syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\rTanpa mendedahkan sebarang nilai berhubung pengambilalihan aset itu, Cameron berkata, pihaknya hanya berminat membeli aset pengedaran milik Bucyrus di negara yang Sime Darby Industrial beroperasi.\rKetika ini, Sime Darby Industrial beroperasi di beberapa pasaran utama termasuk Australia, Malaysia, Singapura, China dan Kepulauan Pasifik.\rCaterpillar, sebelum ini mengumumkan hasratnya menjual beberapa aset pengagihan milik Bucyrus kepada rangkaian pengedarnya di seluruh dunia, selepas melengkapkan pengambilalihan syarikat itu Julai lalu, bertujuan mengintegrasikan kedua-dua kumpulan berkenaan. \rSime Darby Industrial adalah antara lima pengedar utama Caterpillar di dunia, selain memiliki sejarah panjang dengan gergasi pengeluar jentera berat itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|