CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

MTD sasar raih RM80j

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hasil operasi  terminal pukal arang batu di Indonesia\rMTD Capital Bhd, satu daripada peserta utama pembangunan infrastruktur di Malaysia, menyasar meraih AS$27 juta (RM80 juta) setahun daripada operasi pengendalian terminal pukal arang batu yang baru diceburinya di Indonesia.\r\n\n\n\n\r  Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Azmil Khalid, berkata fasa pertama terminal di Pelabuhan Cigading, Celepon, iaitu kira-kira 100 kilometer ke barat Bandaraya Jakarta itu kini sudah beroperasi dan berupaya mengendalikan enam juta tan arang batu setahun.\r\r\n\n\n\n\n  “Berdasarkan kos pengendalian yang dikenakan sebanyak AS$4.50 bagi  setiap satu tan, kami menjangka meraih pendapatan sekitar AS$27 juta setahun untuk fasa pertama.\r“Ia satu konsep baru yang kami perkenalkan di Indonesia. Jika sebelum ini arang batu dari Kalimantan dan Sumatera dihantar secara \'transshipment\' iaitu pemindahan daripada tongkang ke kapal di laut yang terdedah kepada ancaman lanun dan kualiti rendah kerana arang batu tidak diproses, perniagaan pengendalian terminal pukal laut dalam ini amat berpotensi diperkembangkan, khususnya di Indonesia selaku satu daripada pengeluar dan pengeksport arang batu terbesar dunia,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada majlis perasmian Terminal Pukal Antarabangsa Cigading di Celegon daerah Banten itu, semalam.\rHadir sama, Pengerusi MTD Capital Bhd, Datuk Dr Nik Hussain Abdul Rahman; Kaunselor Ekonomi Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Syahril Syazli Ghazali; serta wakil  gabenor daerah Banten.\r\n\n\n\n\rTerminal itu dikendalikan PT Cigading International Bulk Terminal (CIBT) yang 95 peratus kepentingannya dikuasai Sinomast Metacorp (Labuan) Ltd, syarikat usaha sama 50:50 antara Metacorp Bhd dan PT Bintang Sinomast (Hong Kong) Ltd. Metacorp adalah anak syarikat milik penuh MTD Capital.\rAzmil berkata, CIBT diberi hak eksklusif oleh PT Krakatau Bandar Samudera, pengendali Pelabuhan Cigading, untuk membangun, mengurus dan mengendali terminal pukal arang batu untuk tempoh 32 tahun.\r“Ia boleh mengendalikan 18 juta tan arang batu setahun apabila semua tiga fasa siap sepenuhnya,” katanya sambil menambah pihaknya bercadang memanfaatkan penggunaan terminal itu untuk mengendalikan perkhidmatan tambah nilai lain seperti minyak sawit, bijirin dan pemprosesan arang batu.\rDalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pihaknya menjangkakan meraih pulangan modal AS$42 juta yang dilaburkan dalam projek berkenaan dalam tempoh lima.\rMTD Capital yang beroperasi di 13 negara adalah pemegang konsesi Lebuhraya Karak, selain terbabit antaranya dalam pembangunan hartanah di Malaysia dan Australia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039646 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list