View: 6653|Reply: 39
|
Gary V Teringin Berduet, Cipta Lagu Untuk Siti
[Copy link]
|
|
Gary V Teringin Berduet, Cipta Lagu Untuk Datuk Siti
KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2011: Sungguhpun penyanyi dari Filipina, Gary Valenciano atau Gary V, 47, tidak terlalu mengenali penyanyi tempatan, namun penyanyi yang mendapat jolokan Michael Jackson Filipina ini berhasrat mahu berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Malah, Gary V yang sudah berpengalaman sebagai penyanyi dan komposer selama 28 tahun itu berbesar hati untuk mencipta sebuah lagu untuk isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa.
"Saya memang tidak kenal artis dari Malaysia. Namun, saya pernah dengar lagu-lagu terbaik dari sini. Secara jujur, saya merasakan lagu di Malaysia ada yang lebih baik serta sama taraf dengan lagu antarabangsa. Pada kebiasaannya, saya mendapat tahu tentang lagu dari Malaysia ini dari anak saya sendiri yang juga penyanyi di Manila dan juga menerusi pihak pengurusan saya.
"Selepas mendengar apa yang dikhabarkan media di sini, saya yakin lagu Melayu dan suara terbaik yang saya pernah dengar sebelum ini adalah milik Siti Nurhaliza. Kalau boleh saya ingin berjumpa dengannya selain mahu berduet dengan dia. Jika diberi peluang, saya juga mahu mencipta sebuah lagu untuknya. Itu pun sekiranya dia sudi.
"Bukan saja Siti, saya juga mengintai peluang bekerjasama dengan artis Malaysia lain. Tidak kisahlah artis lelaki atau pun perempuan. Kalau ada band lagi bagus. Yang penting, sekarang ini saya masih lagi mengkaji dan makin jatuh cinta dengan muzik Malaysia. Sebelum ini, saya pernah terkejut dan tidak menyangka, lagu yang terbaik yang pernah saya dengar itu datangnya dari orang Malaysia," kata Gary yang tidak sabar untuk membeli album dari Siti Nurhaliza.
Bercerita mengenai lagu bahasa Melayu berjudul Ayu yang dihasil dan dinyanyiankannya sendiri, Gary yang sudah melahirkan 27 buah album mengakui mahukan kelainan setiap kali berkarya.
"Saya memang sentiasa menunggu perkara yang baru. Sebelum ini, saya pernah datang ke Malaysia tapi sebagai pelancong saja. Bagi saya, orang Malaysia sangat berbudi bahasa dan mempunyai muzik yang sangat indah . Sebab itulah saya tak sabar untuk bekerjasama dengan artis di sini. Saya juga akan datang ke Malaysia lagi pada 13 November depan sempena showcase saya.
"Kenapa baru sekarang saya ke sini selepas 28 tahun menjadi penyanyi di Manila? Hidup kita ni penuh bermusim, jadi baru sekarang masa yang sesuai. Sebelum ini saya pernah dapat tawaran untuk berkarya di sini, tetapi baru sekarang saya nampak dan menerima tawaran yang baik.
"Kebetulan pula saya mahu kematangan dalam muzik saya. Lagipun tawaran yang saya ada sekarang ini mempunyai landasan konkrit yang kukuh," ujarnya.
Menyentuh mengenai proses merakamkan lagu Ayu, Gary mendakwa dia belum pernah lagi bersua muka dengan penulis lirik dan penyusun muzik untuk lagu berkenaan.
"Bahasa Melayu memang sungguh indah. Saya mengambil masa selama 2 jam untuk merakam lagu ini. Saya rekod lagu ini di Manila. Bila saya rekod lagu ini, saya rasa kelakar sebab orang yang berikan komen itu adalah orang Manila dan tak tahu bahasa Melayu.
"Mengenal lirik lagu ini, ia tiada kena mengena dengan hidup saya. Saya serahkan bulat-bulat kepada penulis lirik untuk mengolah jalan cerita. Saya percaya dengan dia dan dia boleh memberikan ekspresi yang baik," jelasnya.
Kedatangan Gary ke Malaysia bersempena mempromosikan single pertamanya dalam bahasa Melayu Ayu. Selain itu, Gary yang dibawah label Muzikon juga dibawa ke sini untuk memberitahu tentang program The Digi Present Gary V Live In Malaysia 2011 Tour yang akan diadakan di Hotel Horizon, Kota Kinabalu pada 12 November ini dan di Wisma Fui Chiu pada 13 November nanti.
-murai
x penah dgr pun pasal gary sebelum neh
iols kenal Regine Velasquez jah |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi picisan pinoy cuba nak mencapub melalui CT kot |
|
|
|
|
|
|
|
murai lagi??? entah btol ka enggak?! |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah kalau si gary nie nak bagi lagu....biar semakin gah nama ct di persada antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
|
He Wants To Ride Along What Ct Has .... i sayy NO NOOOOO NOOOOO!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa Pinoy kbnykannya perangai terukk!! asyik DENGKI jek kerjanya..suka rendah2 negara lain...bajet bagus...eiii benci btol aku ngn dorg...klu btol la cter nihh x perlu kot dia nk duet..nk mnmpang CT jek tuh kt Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.. michael jackson filipina uols.. |
|
|
|
|
|
|
|
fikirlah positif uols...
mgkn ni salah satu cara nak jernihkan hubungan alam maya antara fan ct ngan fan regine |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi pinoy yg sy kenal Regine & Charice je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau niat dia baik, syfuel sokong jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Muzikon ni label yg slalu buat duet artis malaysia n pinoy..
sblum ni hazami n kyla.. pastu norin aziz ngan sapa ntah.. pastu yg terbaru nikki palikat ngan christian bautista kot..lupa da... aritu dengar citer nk duetkan regine ngan anuar zain.. pastu senyap je.. bagus gak kalu buat duet ni.. bleh siti cuba pasaran pinoy lak.. hehe..tp artis ni xpernah dengar lak seblum ni... huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 25-9-2011 11:44
tapi kan rasanya Gary ni bukan calang2 jugakkkk
Cinta Baru Gary Valenciano Print E-mail
by Farahanim Rahim
..
Barangkali dia belum dikenali ramai disini. Tapi kalau sebut saja “The Energy Of Philipines”, itu jolokkan yang sinonim buatnya di seantero Filipina. Melihat pada dari raut wajah dan gayanya, siapa sangka figura lagenda bintang Pop ni sebenarnya sudah menjangkau usia 47 tahun.
Gary Valenciano atau lebih senang dengan panggilan Gary V. Penyanyi-penulis lirik-aktor-pemuzik yang mencipta profil sebagai anak seni sedari tahun 1983. Mendapat perhatian dikalangan pencinta dan juga muzik dan juga serta senario muzik Filipina dek kerna 1 hari dia secara spontan, mempamer aksi tarian dan lagak gaya ala Raja Pop, Michael Jackson. Ketika itu usia pemuja Michael Jackson ni baru 18 tahun. Di tambah kredibiliti vokal ala penyanyi Jazz, Al-Jarreau, Gary V lekat dengan gelaran “Jarreau Filipina”.
Sejak itu juga, bakat terpendam tu membuka pintu buat Gary V melangkah laju mengkonkrit nama, membina populariti. Sementelah sebanyak 27 album telah di-release bukan saja di serata Asia Tenggara malah mejangkaui sempadan Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah. Tak cukup setakat itu, Gary pernah dinobat sebagai Artis Lelaki Terbaik sebanyak 11 kali, anugerah AWIT (anugerah tempatan yang seakan-akan Grammy). Selain sibuk dengan karier nyanyian, lakonan serta pengacaraan TVM Gary masih dapat membahagikan masa menjadi UNICEFF National Ambassador Of Goodwill yang pertama mewakili negara Filipina semenjak tahun 1998. Disamping, telah tampil menerusi lakonan dalam 13 filem serta lagu-lagu ciptaannya sering dijadikan soundtrack filem.
..
Terus mencipta gemilang dalam lembaran muziknya, Gary pernah satu pentas untuk persembahan bersama bintang dan pemuzik A-list seperti Brian McKnight, George Duke, Paul Jackson, Cliff Richard, Julia Fodham, Smokey Robinson, Kevin Lettau, Billy Preston. Sekaligus meletakkan anak kacukan Puerto Rica-Philipino ni sebaris penghibur terbaik bertaraf dunia.
Namun, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi tak semudah seperti membaca biografinya. Sebabnya , magnitud kecemerlangan Gary V sebenarnya bersulamkan penderitaan angkara penyakit diabetes yang dihadapinya. Selama 33 tahun bertarung dengan penyakitnya, biarpun kondisinya semakin pulih namun sehingga kini Gary masih bergantung pada mesin insulin bagi mengawal kandungan gula dalam badannya.
Mencari ‘Ayu’ Di Malaysia
Kini meniti 28 tahun dalam industri, bapa kepada 3 cahaya ni ternyata hebat di persada tersendiri. Dan kehadirannya ke sini baru-baru ni bagi melancarkan single serantau terbaru ‘Ayu’ dan sekaligus sebagai merealisasi misi siri jelajah yangdianjurkan DiG bersama Muzikon. Projek ni merupakan yang pertama bagi Gary V sejak penglibatannya lebih sedekad dalam industri hiburan. ‘Ayu’ ditulis Gary sendiri, sementara susunan muzik oleh Sharon Paul. ‘Ayu’ juga bakal dipromosikan di Filipina, kelak.
MD berkesempatan menerumah figura ikon Pop terunggul Filipina, sewaktu di sidang media bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Orangnya peramah, merendah diri dan penuh semangat sebaik memula bicara dalam berkongsi mengenai muzik dan perjalanan seninya pada sekalian yang ada.
“Single ni memberikan satu kepuasan pada saya kerana ini percubaan artwork pertama saya dalam bahasa bahasa Melayu. Saya selalu teringin untuk mencipta lagu juga menyanyikannya dalam bahasa yang berlainan dan bahasa Melayu selalu jadi pilihan utama saya. Pada saya bahasa Malaysia tidaklah terlalu sukar”, Kata Gary V.
“Ayu saya ilhamkan dari hati saya. Secara spontan ianya terhasil. Lagu ni dirakamkan di Manila. Saya ambil masa 2 jam untuk rakaman. Sepanjang rakaman, saya dibantu seorang gadis melayu. Paling saya tak dapat lupa, sepanjang dia bagi komen dan menegur sebutan saya tu, dia cakap dalam bahasaa Filipina, ceritanya lagi.
“Ramai artis Filipina yang datang ke sini telah mula memdalami muzik Malaysia. Ini adalah konsep yang bagus, untuk kita menyanyikan lagu satu sama lain dengan bahasa yang berbeza. Setelah 3 tahun merancang, akhirnya saya dapat juga realisasikan. Ia bagai satu penghormatan yang besar buat diri saya untuk bekerjasama pemuzik, kompoer mahupun penyanyi Malaysia. Saya juga berharap untuk memilih komposisi lagu bahasa Melayu untuk dipersembahkan bersama artis Malaysia di Filipina.
Teringin Jumpa Dato’ Siti
“Muzik adalah sebahagian hidup saya. Kadang-kadang kala ada masa lapang baru saya main bola keranjang, boling, golf dan kalau nak tau saya sorang yang obses dengan motor bike. Selebihnya tumpuan saya hanya pada muzik. Saya mendengar semua jenis muzik – dari John Lenon hingga ke Justin Bieber. Justin Timberlake pun saya dengar”, ujarnya sambil berseloroh.
“Sejujurnya saya tidak begitu mengenali artis Malaysia. Tetapi saya pernah mendengar nama Dato Siti Nurhaliza. Malah anak perempuan saya pernah perdengarkan lagunya pada saya. Seandainya ada peluang berduet dengannya, semestinya saya berbesart hati. Bahkan bukan saja Dato Siti, saya juga mahu berkolaborasi dengan sesiapa saja baik arti wanita lain, lelaki juga band negara ini”.
Bakal Kembali Dengan Showcase
“Saya berharap agar pengemar muzik Malaysia dapat menerima ‘Ayu’. Ia merupakan batu loncatan untuk saya mengumpul fanbase disini. Nantikan kehadiran saya pada November depan iaitu pada 12 & 13 untuk showcase istimewa. Seiklhasnya, kalian bukan sekadar menyaksikan persembahan saya sebaliknya ia adalah sebuah ekspresi pior dari seorang bernama Gary Valenciano”, ujarnya mengakhiri bicara.
sumber: malaysia digest |
|
|
|
|
|
|
|
ok jer kalau dia nak buatkan lagu utk CT kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kacukan puerto rico uols.. nampak encem gak org tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
11 kali menang dah mcm ala2 CT kat aim |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jojiekejung at 25-9-2011 12:14
Tak sukaa!!!!
Mak tak sukaa!!!
Pinoy syok sendiri. They sing in Tagalog ... language that only spoken/understood in the Phil. They sing in English still revolves around their country. And if their english singing gets out, thats because the are millions of Pinoy Overseas Foreign Worker (OFW) longing for their homeland music.
Point : PINOY SYOK SENDIRI!! Thats y E!entertainment tak nak buat coverage apa2 kat Phil.
Ct sings in MALAY .... a language spoken/understood Malaysia Brunei Singapore Indonesia South Thailand. She is THE BIGGEST in this REGION! And shes one the biggest/best Artistes in Asia!
Point : CT is huuuuuge.
Go to record stores in Japan or Korea or Taiwan and ask for Ct's albums. They might not have Ct's albums but they know who Ct is! But im sure NOT THIS GUY!
What an insult!!! ... Mengaku tak tau sangat pasal Malaysian music .... cuma kenal Ct je yakni yang paling top .... and STRAIGHT AWAY ada hati nak associate dengan CT!
Mak tak suka!!!! ... (boleyyy ... emo pulakkk hihihihihi ) |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sukaa!!!!
Mak tak sukaa!!!
Pinoy syok sendiri. They sing in Tagalog ... language that only ...
jojiekejung Post at 25-9-2011 12:13
yelah mak..iols tanya pendapat jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|