|
Mod, ni sajah tempek, kalo dah ada ...removed kan sajorrr
- Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
- Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
- Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
- Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
- Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
- Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
- Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
- Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
- Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
- Lelaki juga akan menangis.
- Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
- Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
- Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
- Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
- Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
- Lelaki amat sayang ibu mereka.
- Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
- Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
- Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
- Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
- Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
- Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
- Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
- Lelaki lebih banyak berfikir.
- Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
- Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
- Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
- Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
- Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
- Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
- Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
- Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
- Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
- Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
*tgh busan, so tempek ja...dah ada ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
nice info... lebih kurang mcm aku jgak.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
fakta yg ni bukan sbnrnye tak benar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
limau Post at 27-9-2011 16:14
yg ni ntahle, susah aku nak percaya. sbb aku tgk dgn mata kepala aku sendiri.
stakat ni dah berapa banyak dh kawan-kawan aku termasukla adik aku sendiri kene 'cerai' ngan bf diorg, padahal dh kapel plg lama pun for 10 years....aku taulah sbb aku jd pendengar setia kawan2 aku..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg bleh pakai, ada yg tak.....: |
|
|
|
|
|
|
|
linnnnnnmauuuuu ....... xbetol nih suma nih ...
lelaki nih... dia macam... mmmm... r ...
naikAntena Post at 27-9-2011 17:21
lelaki mcm mana tenah oi???mcm tetau je peel lelaki ko ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
fakta yg ni bukan sbnrnye t ...
annehuda Post at 27-9-2011 04:55 PM
fakta yg silap.......... |
|
|
|
|
|
|
|
fakta yg silap..........
card_reader Post at 27-9-2011 17:52
maksudnye fakta tu lah yg silap kan?
sbb bukanke lelaki ni bangga sbb tak potpet mcm wanita? :re: |
|
|
|
|
|
|
|
sumer betul.. of course utk pompuan yg amat dicintai.. bila hubungan dah matang, steady gf/bini, bunga ros (ruj 18) jadi x penting kerana banyak lagi perkara yg lebih penting. aku x suka simpan bunga ros. lepas 3 hari air bunga ros bau mcm loji najis. (kecuali bunga ros yg ada tanah + pasu atau bunga plastik atau ros sms/email)
(ruj 26). Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
..full hd, 360 rotation, 3d, panning, closed up, zoom out, etc.. kalau ikut kajian aku, mostly pompuan bleh imagine image 2d je. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnye fakta tu lah yg silap kan?
sbb bukanke lelaki ni bangga sbb tak potpet mcm wa ...
annehuda Post at 27-9-2011 05:54 PM
bagi aku memang silap coz aku x suka cerita bab peribadi, tapi ada jugak lelaki yg suka ceritakan peribadi dia. lelaki yg suka cerita peribadi nie ramai perempuan minat bcoz aku nampak dieorang akan rasa simpati pada lelaki tu compare lelaki yg x suka bercerita ttg hal peribadi |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku memang silap coz aku x suka cerita bab peribadi, tapi ada jugak lelaki yg suka ce ...
card_reader Post at 27-9-2011 17:57
bg aku bukan hal peribadi, tp emosi.
aku tak hingin taulah sape awek lama bf aku, sape nama kucing kesayangan aku bla bla bla
aku lebih prefer nk tau ape pendpt die ttg sesebuah situasi itu. cth katalah die kalah main bola, dr die senyap kan lg bagus die ckp i tak puas hati sbb bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku bukan hal peribadi, tp emosi.
aku tak hingin taulah sape awek lama bf aku, sape ...
annehuda Post at 27-9-2011 06:01 PM
len orang len citarasa..........
macam aku, dua2 benda tu aku xkan cerita pada perempuan melainkan aku betul2 dah down dan masa tu dia ada kat situ or perempuan2 yg biasa berkongsi. bukan apa, xmo kaco emosi oreng perempuen je |
|
|
|
|
|
|
|
Yg No. 13 tu la, perkara yg saya paling benci .. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cume setujuk yg no. 10, 19 & 32.. yg laen tu tipuuuuuuuuuuuuuuu.. aku tak setujukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# annehuda
ape plak silap, mmng betulla llaki mmng suka ceritakan hal peribadi mereka, cuma kalo dlm 10 tu yg betul mungkin x lbih dr 5 |
|
|
|
|
|
|
|
aku cume setujuk yg no. 10, 19 & 32.. yg laen tu tipuuuuuuuuuuuuuuu.. aku tak setujukkkkkkkkkkkkkkkk ...
plainjane Post at 27-9-2011 20:30
kalau gitu ni bukan fakta tapi auta la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mod, ni sajah tempek, kalo dah ada ...removed kan sajorrr
Lelaki biasanya tidak terpikat ...
limau Post at 27-9-2011 16:14
fakta2 diatas tu bohong belaka...inilah fakta yg benar..sila amati dan fahami dengan mendalam fakta2 yg saya berikan nie..
Lelaki Ibarat Kucing jantan..Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur.
Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik ~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|