TIGA CARA ORANG N9 AJAK MAKAN DAN MAKSUDNYA.
Gambar Hiasan Ihsan Google: Gambar sapo ontah !
Cara 1.
"Den makan ar "
Maknanya apa ? Makanan cuma cukup untuk den sorang. Kau janganlah ndak makan pulak.
Jadi kita janganlah pulak jawab "den ondak yo" ... walau pun kita dah 14 hari tak makan.
Cara 2.
"Den makan ar .. nak makan samo, marilah"
Maknanya apa ? Makanan ini boleh cukup untuk duo orang tapi lauk tak berapo sodap. Den sogan nak ajak kau makan.
Tetapi kalau kita lapar sangat, bolehlah join sama.
Tapi janganlah pulak cakap "kalau lauk cenggini, lain kali jangan ajak oranglah". Tu tanda kito sekolah tak tinggi.
Cara 3.
"Mari makan samo .. nasi banyak ni" sambil orang tu menarik kerusi dan menambah pinggan satu lagi.
Yang ni, kalau kita tak lapar pun, makanlah juga. Tak sikit, banyak. Kalau makan banyak pun, saya rasa tuan rumah akan berbesar hati.
Jangan pulak menyombong dengan cakap cenggini "Kau makanlah sensorang .. den belum bulor laei".
Tak baik cakap macam tu. Kecik hati orang.
Faham tak agak eh ?
sumber: http://al-lavendari.blogspot.com ... ajak-makan-dan.html
.
|