CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 5

Dengarnya...: Faizal ingin bergerak sendiri...

[Copy link]
Post time 4-10-2011 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Faizal ingin bergerak sendiri
Oleh Normah Becok

2011/10/04AGAK lama Cik Normah tidak mendengar khabar berita penyanyi sensasi yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. Sejak dua tiga menjak ini Faizal agak sepi daripada sebarang publisiti. Tak tahulah kenapa dia lebih gemar bersembunyi daripada muncul di media massa.

Ada kalanya elok juga. Yalah daripada tak ada perkembangan nak diceritakan, lebih baiklah dia senyap saja. Nanti dikatakan gila glamor pula. Lagi pun, Faizal tidak memerlukan publisiti murahan sebab nama dia pun sudah cukup popular.
Sekian lama menyepi, Cik Normah dikejutkan pula dengan berita yang mengatakan Faizal bakal meninggalkan syarikat pengurusan yang dinaungi iaitu 8 Unit. Cik Normah kurang pasti kesahihan cerita berkenaan. Tetapi memang sudah riuh dan kecoh orang bercerita mengenai hasrat penyanyi yang pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu, yang mahu meninggalkan syarikat pengurusannya kerana mahu bergerak sendiri.
Kenapa nak bergerak sendiri Faizal? Adakah syarikat yang dinaungi tak cukup bagus? Setahu Cik Normah, Faizal ialah anak emas syarikat berkenaan. Mustahil mereka akan melepaskan lombong emas yang selama ini menyumbangkan keuntungan kepada syarikat.

Apa-apa pun, sama ada benar atau tidak desas-desus itu, sama-samalah kita nantikan. Di mana pun Faizal bernaung nanti, tak kisahlah. Asalkan dia terus menghasilkan karya yang hebat, Cik Normah yakin dia mampu bertahan. Cuma Cik Normah nak nasihatkan Faizal, kalau sudah bergerak sendiri, pandai-pandailah membawa diri. Janganlah pula bersikap kekwat tak bertempat. Takut-takut nanti apabila orang kurang senang, secara tak langsung terjejas pula kerjaya yang sudah dibina itu.   
   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 08:56 AM | Show all posts




Jangan... susah nanti... jadi macam Ziana Zain pulak nanti...


Kita tak mampu bergerak sendiri / lone ranger tanpa bantuan syarikat rakaman (hakikat yg perlu diterima)...   Kalau Faizal Tahir terasa hati dengan company sekarang pun, cubalah bertolak ansur...   ataupun kena cari company yg lain...



It's hard to survive by yourself...




* Even Siti Nurhaliza pun terpaksa bernaung di bawah syarikat rakaman utk mempromosikan lagu baru & album barunya (walaupun dia ada company sendiri)...






                  
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 04:58 PM | Show all posts
cik normah ni dgr sikit pasal faizal tahir terus nak tulis...
peminat la katakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 10:43 AM | Show all posts
cik normah rindu kt faizal laaa tuuuuuuu...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 12:46 PM | Show all posts
cik normah rindu kt faizal laaa tuuuuuuu...........
cikmouse Post at 5-10-2011 10:43


rindu yg teramat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 10:10 AM | Show all posts
tk kisah le dgn sesape pon....janji FT on the top........ windu gak nk tgok Ft kt tv.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047044 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list