CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Dana PKS syariah RM2b diwujud

[Copy link]
Post time 8-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEBUAH Dana Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan syariah berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan pada 2012 bagi meningkatkan lagi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan ekonomi.\rDana yang akan dibiayai dua peratus kadar keuntungannya oleh kerajaan itu akan dikendalikan bank Islam terpilih.\r\n\n\n\n\r  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 semalam berkata, PKS menyumbang kira-kira 31 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, 56 peratus kepada tenaga kerja dan 19 peratus kepada eksport negara.\r\r\n\n\n\n\n  Najib berkata, bagi membantu memulihkan PKS bermasalah, tetapi berpotensi dimajukan, kerajaan akan juga menyediakan RM100 juta bagi Dana Mempergiat PKS yang akan menawarkan pinjaman mudah hingga maksimum RM1 juta bagi usahawan menggiatkan semula perniagaan mereka.\rDana ini akan diuruskan SME Bank dan akan ditawarkan mulai Januari 2012.\rKatanya, Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta  juga akan diwujudkan untuk membantu PKS yang terjejas oleh bencana alam.\rBeliau berkata, dana itu akan disalurkan kepada PKS dalam bentuk geran dan pinjaman mudah melalui SME Corp dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).\r\n\n\n\n\rSkop pembiayaan dana akan meliputi pembelian mesin dan peralatan bagi menggantikan mesin dan peralatan yang musnah dalam bencana alam itu, membeli bahan mentah dan membaik pulih premis masing-masing, katanya.\rNajib berkata, bagi membolehkan PKS mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka, Kerajaan akan mewujudkan Dana Inovasi Pengkomersialan berlandaskan syariah berjumlah RM500 juta dengan margin keuntungan yang menarik.\rDana ini akan membiayai PKS yang produknya telah melalui proses perakuan pengkomersialan pasaran.\rBerkuat kuasa 2012, dana ini ditawarkan di bank-bank Islam, dengan pembiayaan  dua peratus kadar keuntungan dana oleh Kerajaan.\rSementara itu, bagi menyokong pembangunan industri francais tempatan, kerajaan akan memberikan potongan cukai bagi yuran francais yang ditanggung francaisi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.316573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list