View: 147|Reply: 0
|
Syarikat AS labur RM100j di PKFZ
[Copy link]
|
|
BHI tambah aset di Malaysia bangun kompleks kilang O&G di Pelabuhan KlangBAKER Hughes Incorporated (BHI), syarikat industri huluan minyak dan gas (O&G) yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat, melabur RM100 juta bagi membangunkan kompleks kilangnya di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).\n\n\n\n Pembinaan pusat yang dijangka beroperasi menjelang separuh kedua tahun depan itu adalah sebahagian rancangan BHI mengembangkan perniagaan dan menambah aset pelaburannya di Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini habnya di Asia.\n\n\n\n\n\n Pengurus Negara BHI, Nur Saheran Abdul Hamid, berkata pusat yang akan dibina di kawasan seluas 30,000 kaki persegi, bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk tenaga kerja tempatan.Ia juga, katanya, akan menyediakan latihan kemahiran kritikal bagi melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir dalam industri itu.Beliau berkata, pusat itu bukan saja akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan industri terbabit di Asia Pasifik tetapi berpotensi membantu memenuhi permintaan domestik bagi peralatan industri huluan O&G.Nur Saheran berkata, pejabat BHI di Menara Tan & Tan, Kuala Lumpur adalah satu-satunya pejabat BHI di luar Amerika Syarikat, justeru memenuhi sasaran dan aspirasi syarikat yang mahu menggerakkan operasi mereka dengan lebih agresif di negara ini.\n\n\n\n“Perkara ini dapat dilihat menerusi langkah syarikat melaburkan hampir RM500 juta sejak lima tahun lalu untuk membina pelbagai prasarana termasuk pusat operasi bernilai RM300 juta di Labuan, Sabah yang siap sepenuhnya akhir tahun lalu.“Pusat itu sudah beroperasi tetapi belum dibuka secara rasmi dan ia khusus bagi menyenggarakan kerja huluan O&G di Malaysia Timur,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.Nur Saheran berkata, BHI tidak ketinggalan membantu Malaysia menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 5 Ogos lalu, membabitkan pelaburan berjumlah RM30 juta.Mengulas lanjut beliau berkata, kerjasama secara berterusan itu mencakupi penubuhan sebuah pusat pameran petroleum yang akan dibuka kepada awam menjelang akhir tahun ini, suntikan dana modal insan, kerja penyelidikan dan pemberian biasiswa untuk pelajar terpilih.“Kami berbesar hati dapat menyumbang menjayakan ETP dan bersama-sama menjana pembentukan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.Nur Saheran memberitahu, syarikatnya menyasarkan bekerjasama dengan syarikat bereputasi tinggi dalan industri O&G di Malaysia, khususnya Petronas bagi merancakkan industri O&G yang mendapat permintaan tinggi di pasaran global.“Malaysia memilik potensi yang sangat besar untuk dibangunkan sebagai hab O&G di Asia Pasifik kerana kewujudan sumber berkualiti dalam kuantiti yang tinggi, selain kestabilan politik dan ekonomi yang memang menjadi kriteria utama pelaburan oleh syarikat asing,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|