View: 149|Reply: 0
|
Packet One Networks langgan HSBB TM
[Copy link]
|
|
Sedia khidmat jalur lebar kepada 1.3 juta premis\rPACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) muncul penyedia perkhidmatan WiMax pertama melanggan prasarana Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) yang dibangunkan Telekom Malaysia Bhd (TM).\r\n\n\n\n\r Ia membolehkannya untuk turut menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan tambah nilai lainnya kepada 1.3 juta premis dalam liputan HSBB TM di seluruh negara.\r\r\n\n\n\n\n Perjanjian bagi tempoh langganan 10 tahun itu dimeterai P1 dengan TM semalam.\rKetua Eksekutif P1, Michael Lai, berkata dengan HSBB, syarikat itu boleh menawarkan perkhidmatan televisyen protokol internet (IPTV), video atas permintaan (VoD) dan beberapa perkhidmatan kandungan multimedia lain pada masa depan.\r“Pelanggan P1 adalah kelompok yang besar dengan purata penggunaan data sebanyak 12 Giga Bait (GB) sebulan, justeru kami yakin HSBB adalah penyelesaian tepat bagi menampung permintaan data yang tinggi di kawasan perumahan.\r“Apabila pakej ini ditawarkan pada suku pertama tahun depan, pelanggan P1 yang melanggannya akan menikmati akses jalur lebar berkelajuan tinggi lebih menyeluruh iaitu sambungan gentian optik di rumah dan jalur lebar tanpa wayar WiMax ketika di luar,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\rPada majlis itu, Lai memeterai bagi pihak P1 bersama Ketua Pegawai Operasinya, Mohamad Idham Nawawi; manakala TM diwakili Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa dan Naib Presiden Eksekutif Wholesale TM, Rafaai Samsi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|