CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

MAS jimat 30 peratus setahun sejak guna RAPID

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENERBANGAN Malaysia (MAS) menjimatkan sekitar 30 peratus setahun sejak menggunakan RAPID, iaitu penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang direka khusus untuk syarikat penerbangan memproses perakaunan pendapatan oleh Mercator, cabang komersial Emirates Group berpangkalan di Dubai.\rKetua Pegawai Kewangannya, Mohd Azha Abdul Jalil, berkata sejak menggunakan penyelesaian itu lima tahun lalu, sebanyak 100 juta kupon penerbangan penumpang dan kargo MAS diproses, 60 peratus daripadanya bagi penerbangan antarabangsa.\r\n\n\n\n\r  “RAPID, penyelesaian perakaunan dibangunkan Mercator membolehkan syarikat penerbangan seluruh dunia memanfaatkan sistem pemprosesan tercanggih.\r\r\n\n\n\n\n  “Dengan membenarkan fungsi perniagaan utama dikendalikan pasukan pakar di Dubai, syarikat penerbangan boleh meraih manfaat daripada pengetahuan dan kepakaran Mercator, sekali gus menjimatkan kos pemprosesan,” katanya pada majlis meraikan kejayaan Mercator memproses kupon penumpang MAS melepasi paras 100 juta di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Naib Presiden Kanan Emirates Group, Michael Doersam dan Naib Presiden Mercator, Duncan Alexander.\rSementara itu, Doersam berkata, sejak menjalin kerjasama dengan MAS pada 2006, pihaknya menyaksikan peningkatan jumlah penumpang berterusan, memproses lebih 23 juta transaksi setahun untuk (MAS).\rBeliau menjelaskan, RAPID menukar data kewangan kepada maklumat strategik yang mana ia direka bagi memenuhi setiap permintaan syarikat penerbangan tidak kira saiz atau pasaran ia beroperasi.\r\n\n\n\n\rPrestasi jualan, jumlah penumpang dan pendapatan kargo, katanya, adalah maklumat penting yang diperlukan syarikat penerbangan.\r“Maklumat perakaunan pendapatan adalah nadi kepada syarikat penerbangan kerana ia memberi maklumat berhubung keputusan kritikal dalam meletakkan harga, selain menganalisis laluan dan keuntungan rangkaian,” katanya.\rBeliau berkata, selain MAS, AirAsia juga dijangka akan mengguna pakai penyelesaian sama tidak lama lagi.\rAntara pelanggan Mercator adalah British Airways, Emirates, Etihad, JetBlue, Singapore Airlines dan Qatar Airways.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.173230 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list