View: 141|Reply: 0
|
Bahan api algae untuk pesawat
[Copy link]
|
|
Keberkesanan B5 bakal diuji Rolls-Royce Group, EADS akhir bulan ini\rALGAETECH International Sdn Bhd, sedang berunding dengan dua syarikat aeronautikal utama Eropah, Rolls-Royce Group plc dan European Aeronautic Defence and Space Co (EADS) bagi menjalinkan kerjasama menghasilkan dan menguji bahan api bio (B5) berasaskan algae untuk kegunaan pesawat.\r\n\n\n\n\rKetua Eksekutif Kumpulannya, Syed Isa Syed Alwi, berkata kajian terhadap bahan api bio algae itu sudah selesai, tetapi pihaknya masih memerlukan pandangan pakar industri bagi meningkatkan kualitinya agar ia menepati piawaian industri penerbangan.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, pihaknya berharap pengujian bahan api itu dengan kedua-dua Rolls-Royce Group dan EADS akan dapat dimulakan menjelang akhir bulan ini.\rBeliau berkata, langkah itu bakal menjadikan Malaysia antara pengeluar bahan api bio utama untuk industri penerbangan.\r“Kami yakin industri penerbangan akan mula beralih menggunakan bahan api bio ini, terutama susulan langkah Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan akan mewajibkan semua penerbangan di rantau itu menggunakan bahan api campuran B5, menjelang 2014.\r“Mahu atau tidak, industri perlu beralih dan mencari sumber B5 yang memenuhi piawaian mereka, dan dengan persediaan yang kita lakukan, saya yakin negara akan dapat menghasilkan bahan api bio algae yang menepati keperluan itu beberapa tahun lagi,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rRolls Royce, iaitu pengeluar enjin pesawat kedua terbesar di dunia, sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa siri ujian penggunaan bahan api bio untuk enjin pesawat keluarannya termasuk dengan Air New Zealand pada akhir 2008 menggunakan bahan api campuran Jatropha.\rSyarikat berpangkalan di United Kingdom (UK) itu terbabit dalam pembangunan enjin pesawat untuk pengeluar pesawat terkemuka dunia seperti Bombardier, Boeing dan Airbus.\rEADS pula sebuah kumpulan yang meliputi Airbus, iaitu peneraju industri pengeluaran pesawat komersial; Eurocopter, pembekal helikopter terbesar dunia; Astrium, peneraju program angkasa Eropah; dan Cassidian, penyedia penyelesaian sistem bersepadu untuk keperluan ketenteraan dan awam.\rSyed Isa berkata, hasil ujian itu juga akan memberi petunjuk kepada syarikat untuk menimbangkan proses pengeluaran yang terbaik untuk tujuan komersial bahan api bio pesawat itu.\rKatanya, menerusi Pusat Integrasi Alga Malaysia (MIAV) seluas 2,023 hektar, pihaknya yakin dapat mengeluarkan 150,000 tong bahan api bio setahun.\r“Kami berharap akan dapat mengeluarkan pengeluaran pertama B5 untuk digunakan bagi ujian penerbangan pesawat komersial dalam suku pertama tahun depan.\r“Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) membantu kami bekerjasama dengan pakar yang boleh menjayakan rancangan ini seperti Rolls Royce dan EADS.\r“Bagi pengujian penerbangan pula kami akan lihat sama ada mengadakan kerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau AirAsia Bhd,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|