CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12960|Reply: 69

ASTRO RIA [Exclusive - BIO on History Channel@10pm 11/1]

[Copy link]
Post time 21-10-2011 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 11-1-2012 09:02

Salam sumer, as we all know yg Siti akan muncul dlm History Chanel kan? So syfuel bukak thread ni sbb skang dah makin banyak info pasal story ni dah kuar. Sbb now, she's working to complete the bio-documentary.


Facts that have come to surface so far:

1. Aired in Bio TV Program on History Channel <-- Thanks to Khy
2. Aired possibly on her 33rd Birthday, January next year.


Sources:
1. mStar
2. Berita Harian

Official Trailer



Official Link

http://www.historyasia.com/tvshows/Siti-Nurhaliza/about.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 05:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syfuel at 21-10-2011 18:04

Siti Nurhaliza Tidak Ambil Mudah

Tarikh: October 17, 2011
Oleh: Niezam Abdullah
Foto: Sia Hong Kiau
Dari: mStar



KETIKA membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam dunia seni suara bermula pada tahun 1995 penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, (gambar) tidak pernah membayangkan dirinya akan meniti populariti sebagaimana yang dikecapnya hari ini.

Tapi hakikatnya Siti berjaya membuktikan anak gadis kampung seperti beliau boleh menjadi bintang yang amat berharga sekiranya bakat yang dianugerahkan itu digunakan pada jalan yang betul.

Kesungguhan itu dapat dilihat bagaimana sukarnya Siti tatkala mula melangkah ke dunia seni dengan melalui pelbagai ranjau dan duri ketika namanya terukir indah sewaktu usianya masih muda.

Ujar Siti, peristiwa lalu sebenarnya menjadi kekuatan dalam dirinya. Dan dia amat bersyukur kerana ketika bergelar “Siti Nurhaliza” pada ketika ini, dia sudah melalui pelbagai pahit dan maung terlebih dahulu.

Tanpa susah payah itu, tentu sekali Siti akan menjadi wanita yang lemah, tiada ketabahan dan hilang kekuatan.

“Dek kerana susah payah Siti selama ini dengan melalui macam-macam ujian hidup, syukurlah Siti boleh menjadi seorang yang kuat. Siti bersyukur dengan pengalaman-pengalaman itu,” katanya.

Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh wanita ini terhadap kemuncak kejayaannya apabila beliau mampu menghasilkan produk kecantikannya sendiri iaitu SimpySiti dan sebuah album Inggeris, All Your Love.

Ujar Siti, album yang memuatkan 10 buah lagu ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam dirinya bagi merealisasikan impian selama ini untuk memiliki sebuah album Inggeris.




Beliau juga memahami, penghasilan album itu juga bukanlah mudah kerana pasti ada yang akan memberi pelbagai penilaian dan tafsiran terutama sekali terhadap kemampuannya berbahasa Inggeris.

Tanpa mahu berselindung, kata Siti dia mengaku menerima pelbagai kritikan dan pujian tetapi semua perkara itu dipertimbangkannya secara serius.

“Siti tahu ramai yang memberi macam-macam pendapat terhadap penghasilan album ini tetapi Siti menerimanya dengan baik. Apa yang penting ia dapat memenuhi impian Siti untuk memiliki album berbahasa Inggeris. Yang lebih mustahak lagi Siti dapat memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris Siti,” ujarnya.

Tegas dengan anak tiri

All Your Love dihasilkan di bawah syarikat What’s Up Entertainment iaitu syarikat milik anak tirinya iaitu Adib Khalid.

Ditanya apakah perbezaannya sebagai seorang ibu apabila bekerja dengan syarikat ahli keluarga sendiri yang mana individu itu adalah bos, Siti menjelaskan beliau tidak menghadapi masalah mengenainya.

Tetapi walaupun Adib pemilik syarikat berkenaan, ia tidak bermakna Siti tidak boleh bertegas dalam memberikan pandangan dan juga pendapat.

“Terus terang Siti katakan, semasa merakamkan album ini Siti sangat serius. Iya lah... bekerja dengan orang muda-muda, mereka lebih suka relaks tetapi Siti selalu juga tegur supaya tidak membuang masa untuk merakamkan lagu ataupun buat kerja ambil mudah,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Siti, walaupun beliau seorang yang tegas, beliau masih boleh berbincang dengan Adib serta tenaga kerja yang terlibat.




“Setakat ini Siti amat berpuas hati bekerja dengan mereka dan penghasilan album ini adalah yang terbaik,” katanya.

Selain sibuk dengan projek terbaru rakaman kisah mengenai sejarah hidupnya untuk saluran History Channel yang akan disiarkan pada tahun hadapan, Siti juga akan menjadi hos sebuah rancangan permainan terbaru.

Dalam rancangan itu Siti dijangka akan bergandingan dengan Johan (Raja Lawak) dan menjayakan beberapa permainan yang turut melibatkan para artis lain.

“Insya-Allah selepas rancangan bual bicara iaitu Siti, terbaru pihak syarikat produksi Global Station mahu menghasilkan sebuah rancangan permainan pula,” jelasnya.

11 Soalan menarik Siti Nurhaliza

1. Antara Datuk K (suami) dan Tarudin Ismail(bapa)?

Kedua-duanya sangat protective. Arwah bapanampak garang tetapi sangat sensitif dan senangmenangis. Suami pula seorang yang pemurah danada masanya serius. Tapi dia kelakar kepada Siti.

2. Apa seronoknya menjadi Siti Nurhalizasemasa menjual kuih dan Siti Nurhalizaseorang penyanyi?

Seronok masa jual kuih apabila kuih tu lakuterutamanya karipap sardin dan kuih keria. Masatu la Siti “asah” vokal dengan menjerit “kuih…kuih…” Ketika menjadi penyanyi Siti mendapatlayanan istimewa dan berjaya pergi ke meratatempat yang Siti tak pernah pergi serta bolehmenghiburkan orang.




3. Siti Nurhaliza semasa tujuh tahun?

Haa… Siti suka berangan, menyanyi dan menariseorang diri. Masa zaman sekolah, Siti sukabergaduh dengan budak lelaki, suka panjat pokokdan naik basikal.

4. Siti Nurhaliza pada usia 55 tahun?

Nak jadi wanita yang ada anak antara dua hinggatiga orang serta ahli perniagaan wanita yangberjaya. Yang paling penting sihat tubuh badan.

5. Apa hebatnya kereta pertama Siti, ProtonAeroback?

Itulah kereta yang banyak berjasa. Kereta itulahyang bawa Siti seluruh Semenanjung Malaysia.Kereta tu Siti beli hasil duit titik peluh Siti selepaskejayaan album pertama Jerat Percintaan.

6. Bilakah air mata terakhir Siti?

Awal tahun ni kalau tak silap. Siti menangistengok Australian Junior Master Chef. Kagumdengan budak-budak dalam rancangan tu.

7. Perkataan apa yang terkesan dalam kalbu?




Kata-kata daripada suami dan pesan arwah abah.

8. Nombor pilihan Siti. Kenapa?

Pertama, nombor 111 kerana tarikh lahir Siti iaitu11 Januari. Kedua pula nombor 38 iaitu kombinasinombor Siti dan Datuk K. Nombor yang kamirasakan membawa tuah.

9. Menunggang kuda, membonceng motosikalyang mana akan dipilih?

Menunggang kuda Siti memang tak pernahcuba tetapi yang paling Siti suka tentulahmembonceng motosikal he...he...

10. Paling lewat melelapkan mata, paling awalterjaga tidur?

Kalau banyak aktiviti pukul 3 pagi baru Siti tidurdan pernah juga Siti terjaga sekitar pukul 3 pagiuntuk ke bilik air.

11. Duit! Paling banyak dapat dompet, palingsikit dalam poket?

Paling banyak Siti bawa RM1,000 dalam dompet.Tapi sekarang dah ada kad debit dan kad kredit,Siti tak amalkan dah bawa duit banyak. Palingsikit yang ada dalam poket ialah 50 sen. Tu punmasa zaman sekolah rendah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 05:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syfuel at 21-10-2011 18:07

Dokumentari Siti ditayang Januari

Tarikh: 18 Oktober 2011
Oleh: Normah Becok
Dari: Berita Harian

KALAU tidak silap Cik Normah, dokumentari beberapa tokoh negara ini sudah pun dihasilkan sebelum ini, termasuk mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir; seniman agung, Tan Sri P Ramlee; dan penghibur malar segar, Datuk Sudirman Arshad. Antara saluran yang sering menayangkan dokumentari sedemikian pula ialah History Channel.

Terbaru, Cik Normah dapat tahu, mereka bakal menayangkan pula dokumentari mengenai penyanyi nombor satu negara ini, Datuk Siti Nurhaliza. Daripada cakap-cakap yang sampai ke telinga Cik Normah, dokumentari berkenaan akan disiarkan kepada penonton saluran terbabit pada hari ulang tahun ke-33 Siti, Januari nanti.

Wah, Cik Normah memang berbangga sekali kalau betullah dokumentari terbabit akan dibikin. Maklumlah, Siti sendiri bukanlah calang-calang artis. Sudah pelbagai rekod dan pencapaian diperoleh wanita cekal dari Pahang ini, sejak membabitkan diri dalam dunia seni kirakira 16 tahun lalu. Dia juga bukan hanya popular di negara sendiri, bahkan kemasyhuran Siti melepasi sempadan sehingga ke negara jiran.

Jadi, dengan profil begitu hebat dimilikinya itu, memang tepatlah kalau History Channel memilih Siti untuk dipaparkan dalam dokumentari siaran mereka nanti. Lagi pun, peminat tentunya amat berharap, penghormatan ke atas seseorang artis itu biarlah diberikan sewaktu mereka masih hidup. Ia pastinya menjadi lebih bererti. Cik Normah boleh bayangkan beta pa dalam dokumentari itu nanti, akan dipaparkan bagaimana kehidupan Siti sewaktu di kampung dulu, permulaan kariernya sebagai penyanyi, kejayaan yang dikecapi, serta tidak kurang cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi. Eh lupa pula, kisah percintaan bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa, tentunya dimuatkan sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:49 AM | Show all posts
The date has been confirmed..

History Channel will be premiering Dato' Siti Nurhaliza Biography (BIO channel) on the January 11, 2012 - 10 pm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 12:39 PM | Show all posts
The date has been confirmed..

History Channel will be premiering Dato' Siti Nurhaliza Bi ...
khyree Post at 28-11-2011 10:49


Thank you dear! mmuahh mmuahh~!


(SIREN)
RED ALERT! RED ALERT!
This is not a drill!
All other events must evacuate from this date.
The SitiZone will be sealed from all irrelevant activities.
THE DATE HAS BEEN CONFIRMED!
THIS IS NOT A DRILL.
THIS IS NOT A DRILL!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 01:10 PM | Show all posts
nanti ceritanya musti pasal tolong emak jual kuih sambil jerit "kuih..kuih.."; pastu cita2 masa kecik nk jadi polis...dah tau dahhhh{:4_192:} tu blom masuklagi lauk ikan patin masak tempoyak hehe..

BIO ni under pakej ape ye? macam boring je..balik2 guna CT untuk lariskan pakej...tipikal asteruk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2011 02:19 PM | Show all posts
nanti ceritanya musti pasal tolong emak jual kuih sambil jerit "kuih..kuih.."; pastu cita2 masa keci ...
hyie Post at 28-11-2011 13:10



    BIO bukan astro punya cenel. Kandungan dia xde kena mengena dengan agenda astro. Kalau citer macam ni kuar kat Wah Lai Toi ke Vanavil ke RIA ke, mak pun tak heran. Astro through RIA pun dah penah buat kut  ...... yang CAM tu kira citer macam ni la gak kan ? ingat2 lupa dah mak pasal CAM tu.
BIO, History, Discovery, NatGeo ... totally international. Dorang tak main featured anyone sebarangan in their programs. To be featured in a full length program, is a huge acknowledgement of Ct's standing. Bukan ala2 insert seminit dua in between programs gitteww ..
Tapi ye la kan ...... harus la citer yang kat BIO ni benda yang same gak ... jual kuih2 prektis vocal jerit2 bagai tu sume huhuhu. Maybe different presentation jehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 11:48 AM | Show all posts
BIO bukan astro punya cenel. Kandungan dia xde kena mengena dengan agenda astro. Kalau cit ...
jojiekejung Post at 28-11-2011 14:19


tak kisah la kandungan sama ker apa...
tapi i predict mesti best kann macam aku tgk mahathir atau sudirman punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 04:25 PM | Show all posts
oleh kerana dah mengikuti prkmbngn ct dr thn 1996, rasanya dah tau prjlnan hidup ct ni, so leh tau apa yg nak ditunjukkan, but if have a new story about her yg masih x di beritahu bagus juga... ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 06:27 PM | Show all posts
Its the presentation that makes or breaks  ..... hopefully the difference in presentation is interesting enough to make this program meletopss ... compared to the similar programs about Ct sebelum ni.
Macam yang Sudirman/Mahathir/MicheleYeoh ari tu ... memang besssangat.
Besides, who knows BIO acquires footage/still yang jarang2 kita dapat tengok, maklumla reputation BIO ni tinggi, so mudah la orang nak kasik kerjasama/kebenaran.
It sure its gona be the same old stories ... but i cannot waittttttt~!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 07:27 PM | Show all posts
Good news for MAK JOJIE and Ang and many others yang suka simpan album collections

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 08:11 PM | Show all posts
Reply 11# khyree

Wahhh best2... harap2 jadi la...
sonok nya dengar..
hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 12:50 AM | Show all posts
takder asterok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 12:58 AM | Show all posts
x sabar!!!! x kisah la content sama ka apa, iols tetap akan tgk!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 01:55 AM | Show all posts
Good news for MAK JOJIE and Ang and many others yang suka simpan album collections
khyree Post at 30-11-2011 19:27


OMG.... My first heart attack!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 11:27 AM | Show all posts
mcm dah dpt gmbrn ttg history ni nnt...cheewaaahhh......
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 11:40 AM | Show all posts
Good news for MAK JOJIE and Ang and many others yang suka simpan album collections
khyree Post at 30-11-2011 19:27



    OMAIGODDDDD~!!!!!
OMAIGODDDDDDD!!!!!!!!!
OMAIGODDDDDDDD!!!!!!!!!!!!!!!!
I cannotttt breathe!!!!
Oyhhh ....  i cant feel boobs .... ~
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 02:10 PM | Show all posts
btol ker cik normah tuh??

psl BIO CT kt History Channel tuhh, sptutnya ada temubual dan ambil pndangan dr fan CT jg , ia mencantikkn lg prog tuh rsanya..kkdg fan CT lg tahu dan tgk CT dr pelbagai view..yg bio Sudirman pn ada jemput peminat utk b'cakap...jatuh bngun sseorang artis jg peminat dpt rasa..hope ada lah kann...elok jmput dr 4 buah ngra M'sia, Indo, Brunei, S'pore..lengkap!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 19# uwekkk

Apa yg tak betul uwekkk? box set tu btul x? huhuhu...
Yg sudirman tu siap jemput Pinoy kan.. yg skali dekat RAH tu kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.074235 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list