CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6909|Reply: 30

Pengalaman aku pada tahun 1992 .

[Copy link]
Post time 23-10-2011 02:42 AM | Show all posts |Read mode
Peristiwa ini berlaku pada aku di tahun 1992 di Johor Bahru Kg.Majidee  .
Aku sebenarnya malas nak layan perasaan dalam soal-soal mistik atau hantu . Tapi peristiwa tu membuat aku mula jadi penakut sedikit bila berhadapan makluk( hantu ) .

Kg.Majidee .
Kawan aku ajak bermalam kat rumahnya untuk lepak-lepak kerana memandangkan ibubapa beliau pergi 'outstation' .
So pada malam tu sedang kami berbual-bual kosong sambil mendengar radio s'pore 98.7 dengan putaran lagu-lagu slow R&B
dan selalunya lagu pilihan itu dimainkan mesti dalam pukul 3 pagi onward sampai pukul 5 pagi .
Dalam masa kami rancak berbual sambil ketawa kecil tetiba kat luar tingkap bilik kawan aku ada suara mengikut ketawa mengilai sama..aku tanya pada kawan aku 'sapa lak tu ? ' ..kawan aku bagi isyarat untuk diam..aku pun tutup radio untuk dapat lebih kepastian adakah bunyi itu datang dari radio atau diluar tingkap . Lagi sekali ia berbunyi ketawa mengilai....aduhhh..kali ni aku panik dan bertanya lagi pada kawan aku ' apa benda tu ? '...dengan macho nya aku pun nak buka tingkap bilik untuk tengok luar apa cerita ketawa-ketawa ini...Kawan aku dengan paniknya suruh aku jangan buat apa-apa tindakan sambil mulutnya kumat-kamit membaca doa dengan muka ketakutan . Tak lama selepas tu ketawa tu hilang...so ok lah jadi kami berdua mengambil keputusan untuk lupakan dan tido...kawan aku tunjuk bilik untuk aku tido dan bilik dia bersebelahan jer...
Nak dijadikan cerita semasa aku tengah mulai hanyut untuk tido tetiba aku rasa macam ada sesuatu menjalar kat kaki aku dan aku tak dapat nak bangun...rasa berat sangat untuk bergerak . Aku cuba sekuat-kuat hati untuk bergerak mengejut dan.....korang tahu apa yang aku nampak ??...aku nampak LIDAH yang amat panjang menjalar dari atas bumbung rumah hingga kebawah kaki aku !!!...aku terkejut dengan rasa ketakutan terus keluar dari bilik . Panik punya pasal aku ketuk pintu bilik kawan aku tapi tak buka-buka...dan kedengaran suara kawan aku dari dalam bilik seakan meracau-racau minta tolong...aku apa lagi..aku hentak pintu bilik dia sampai terbuka dan korang tahu apa aku lihat lagi ??....aduhhh...aku lihat lembaga berbaju putih ' cik pon ' berada sebelah katil member aku...aku pun teriak ketakutan dengan ada rasa marah pun ada kerana gangguan makluk tu....aku minta dia keluar dan jangan ganggu kami tapi dia ketawa mengilai-gilai sambil pergi menghilang menembusi dinding bilik . Apa lagi aku terus dapatkan kawan aku dan terus bergegas keluar dari rumah....malam tu kami berdua lepak di hotel berdekatan ' Crystal Crown ' ....

Aku tak faham lah camne kawan aku dan family dia ni boleh stay kat rumah yang macam tu..so aku tanya dia apa cerita ??...
dia cakap gangguan tu kerap berlaku tetapi hanya bapa dia saja yang bole 'pagarkan' rumah tu...aku tanya dia nape tak 'pagar' terus jer...dia cakap 'entah'.....hmmm...patutlah dia suh aku lepak ngan dia ....

Aku nasihat kawan aku suh dia dan famili dia buat sesuatu la untuk menghalang terus gangguan nie...dia hanya berdiam saja..
aku pun sampai sekarang tak tahu wether dia ada iktiar tak...apa-apa pun ini lah satu pengalaman aku yang 'brutal' yang aku tempuhi pada tahun 1992 di Johor Bahru Kg.Majidee .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 08:00 AM | Show all posts
fuh beraninya sinnerz...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 08:38 AM | Show all posts
best2,,lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 10:05 AM | Show all posts
aku yg baca siang2 ni pun dh takut...meremang bulu roma...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 12:34 PM | Show all posts
mmg seram...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 12:41 PM | Show all posts
1992 umo aku baru 2tahun {:4_238:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2011 02:10 PM | Show all posts
Reply 2# flitzwan



hehehe...aku kecuh gak tapi kenkadang kenalah berani
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 03:52 PM | Show all posts
NGEH NGEH NGEH~


Woi, seram gila!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 06:06 PM | Show all posts
penakut apa camtu

bagi aku, TT ni dh cukup berani la

kalo aku, x tau la apa jadik...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 06:59 PM | Show all posts
rasa dalam keadaan genting macam tuh, orang yang paling penakut pon boleh jadi berani....ko memang kawan yang baik...setengah orang kalau jumpa lari tinggal semua dah..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:00 AM | Show all posts
patutnya ko paku kepala dia....

taun 1992 - aku ada kat kem majide.... tiap2 ari jumaat gi semayang jumaat kat kg. melayu majide....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:14 AM | Show all posts
kg melayu majidee??? rumah tu dekat tak ngan tadika norina?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:50 AM | Show all posts
Waaaaaaaaaaaaa...seramnye...mau lari tak cukup tanah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:54 AM | Show all posts
perghhh bestnye pengalaman ko ni,mesti seronokkan jumpe benda2 mcm tu akekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:02 AM | Show all posts
peh!!! hardcore giler!! huhu seramz nih~!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 03:00 PM | Show all posts
Memang kuat semangat kau ni....klu aku x tahu la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 04:47 PM | Show all posts
apa2 pun lom pernah lagi dlm sejarah antu setan ni bunuh org kan.. makhluk tu suka nyakat/usik2 manusia yg lemah ajer.. kalo manusia yg berani sekali sergah jer makhlok2 tu akan lari/pergi mcm tu ajer.. dia pun makhluk Allah jua..

dia pun takut nak membunuh sbb nti mati masuk api neraka..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 12:09 PM | Show all posts
best ada citer2 yang menarik lagi x
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 01:26 PM | Show all posts
crazee man u so berani
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 03:49 PM | Show all posts
berani nyer..kalau saya wallahualam..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.568151 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list