View: 235|Reply: 0
|
MK Land tawar kepakaran bina rumah mampu milik
[Copy link]
|
|
MK Land Holdings Bhd (MK Land), pemaju hartanah tempatan kini menawarkan kepakaran pembinaan rumah mampu milik kepada kerajaan Persekutuan dan negeri serta syarikat swasta yang berkeinginan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikatnya, menerusi rekod kecemerlangan serta kemahiran mereka dalam pembinaan rumah kategori itu.Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, berkata syarikatnya mempunyai kepakaran, kemahiran dan pengalaman lebih 20 tahun dalam pembinaan pelbagai jenis rumah terutama rumah mampu milik dan ia boleh dikongsi untuk menjayakan program yang dilaksanakan kerajaan menerusi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).\n\n\n\n “Kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat saranan untuk membina rumah mampu milik bernilai RM400,000 ke bawah dan syarikat kami memang menawarkan pembinaan rumah serendah RM25,000 hingga RM400,000 untuk pelbagai jenis rumah.\n\n\n\n\n\n “Justeru, dengan kemahiran itu kami menyeru pihak syarikat swasta yang memiliki tanah dan kerajaan untuk bekerjasama menyertai pembinaan rumah mampu milik bagi kemudahan rakyat Malaysia. “Kami mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran dalam mengusahakan projek seumpama itu dan sewajarnya kerajaan memberi sebahagian pengagihan projek berkenaan kepada syarikat berpengalaman seperti ini,” katanya selepas majlis penyerahan kunci kepada 10 pemilik kedai setingkat dan dua tingkat di Meru Perdana, Selangor, semalam.Meru Perdana dibangunkan oleh Zaman Teladan Sdn Bhd iaitu anak syarikat MK Land di kawasan seluas 36.8 hektar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM184 juta dengan permulaan fasa pertamanya membabitkan komponen pembangunan terdiri 101 unit kedai setingkat dan dua tingkat.Mustapha Kamal berkata, kepakaran syarikat MK Land juga diiktiraf melalui kerjasama dengan pelabur luar menerusi projek pembinaan 16,000 unit rumah mampu milik yang sedang dijalankan di Bangalore, India membabitkan jumlah nilai pembangunan kasar sebanyak RM3 bilion.\n\n\n\n“Selain itu, sehingga kini, MK Land dengan kerjasama Kumpulan EMKAY turut menyediakan 38,800 unit rumah mampu milik membabitkan nilaian sebanyak RM4.5 bilion sejak syarikat itu beroperasi.“Kita juga memiliki rangkaian baik dengan bank, syarikat perundingan dan peguam bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan dalam pembelian rumah. Jadi, kami membuka peluang ini untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan bagi menjayakan program serta dasar pembangunan negara dalam usaha memberi kemudahan kediaman selesa untuk rakyat,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|