CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia hilang momentum

[Copy link]
Post time 1-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Fokus pasaran kepada butiran perjanjian menyelesaikan krisis hutang Eropah\rKEBANYAKAN saham Asia susut semalam selepas mengalami kenaikan berterusan minggu lalu dengan Tokyo kehilangan momentum walaupun menerima rangsangan daripada kerajaan selepas mata wang yen meningkat mencecah rekod baru berbanding dolar.\r\n\n\n\n\r   Dagangan tinggi pada minggu lalu dicatatkan ekoran tercapai persetujuan bagi perjanjian menyelesaikan krisis hutang Eropah pada Khamis lalu, namun fokus pasaran kini beralih untuk mencari butiran lanjut berhubung perjanjian terbabit.\r\r\n\n\n\n\n  Tokyo turun 0.69 peratus atau 62.08 mata kepada 8,988.39, Sydney ditutup berubah 1.27 peratus atau 55.2 mata kepada 4,298.1 dan Seoul jatuh 1.06 peratus atau 20.45 mata lebih rendah kepada 1,909,03.\rDagangan tengah hari Hong Kong pula jatuh 1.51 peratus dan Shanghai turun 0.62 peratus.\rIndeks Jepun memasuki tahap positif pada awal tengah hari dagangan selepas campur tangan kerajaan dalam pasaran mata wang untuk menjual yen, yang mencatatkan rekod tertinggi baru berbanding dolar.\rMata wang dolar meningkat kepada 79.38 yen pada dagangan tengah hari selepas menjunam sehingga 75.32 yen pada dagangan pagi.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, campur tangan kerajaan memberi rangsangan kepada pasaran ekuiti walaupun dolar kekal kukuh.\rIa langkah campur tangan kerajaan yang pertama sejak Ogos apabila kerajaan cuba melindungi pengeksport Jepun yang terjejas teruk daripada pengukuhan mata wangnya yang menjadikan barangannya lebih mahal di luar negara.\rMenteri Kewangan, Jun Azumi  Khamis lalu mengecam campur tangan kerajaan dalam pasaran kewangan dengan menyatakan spekulator sedang menggunakan krisis hutang Eropah sebagai alasan untuk menolak ruang selesa mata wang Jepun ke tahap lebih tinggi daripada sebelum ini.\rBagaimanapun, Pakar Strategi Pelaburan Kanan di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities, Norihiro Fujito, berkata: “Persoalannya adalah kelangsungan seperti yang berlaku dulu, campur tangan sebelum ini memberi kesan selama dua hingga tiga hari tapi tidak memberikan corak peralihan kepada lebih baik,” katanya kepada Dow Jones Newswires.\rEuro diniagakan AS$1.3960, daripada AS$1.4147 Jumaat lalu di New York dan pada 111.13 yen, berbanding 107.29 yen.\rPasaran Global meneruskan peningkatannya sejak Khamis lalu berikutan perjanjian yang dicapai berhubung zon euro.\rWalaupun pasaran memberi maklum balas positif kepada langkah itu, tumpuan pelabur kini beralih untuk mencari bagaimana perjanjian itu akan berfungsi.\r“Lebih banyak persoalan muncul berbanding jawapan dan pasaran kini mahukan maklumat lebih lanjut untuk beberapa minggu akan datang, sehingga tempoh itu pasti tidak ramai pelabur yang ingin menanggung risiko lebih besar,” kata Pakar strategi Credit Agricole, Mitul Kotecha.\rFokus pasaran minggu ini adalah pada mesyuarat pembuat dasar bank pusat bagi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia, manakala perangkaan peluang pekerjaan AS pada Jumaat nanti bakal menyediakan petunjuk kepada kedudukan ekonomi negara terbabit.\rKontrak utama minyak mentah New York, light sweet, bagi penghantaran Disember, mencatat peningkatan 14 sen kepada AS$93.46 satu tong. \rManakala minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Disember mencatat peningkatan  21 sen kepada AS$110.12.\rEmas meningkat kepada AS$1,724.50 satu auns berbanding AS$1,739.90 Jumaat lalu.\rSementara itu, dalam pasaran lain; Taipei berakhir 0.37 peratus atau 28.37 mata lebih rendah kepada 7,587.69, Wellington ditutup, 0.21 peratus atau 6.96 mata lebih tinggi kepada 3,332.58 dan Manila ditutup sempena cuti umum.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047752 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list