CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Jepun intai peluang

[Copy link]
Post time 1-11-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Jepun intai peluangOleh Zainuri Misfar (yang mengikuti delegasi FINAS ke TIFFCOM2011 di Tokyo, Jepun) [email protected]/11/01\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nBersedia kongsi kepakaran dan jalin kerjasama dalam penerbitan animasiINISIATIF Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) melawat beberapa syarikat produksi animasi terkenal yang berpejabat di sekitar Tokyo, Jepun ternyata memberikan banyak maklumat dan pengetahuan berguna untuk dikongsi oleh penggiat animasi tempatan.\n\n\n\nTurut serta dalam lawatan ini sembilan syarikat produksi animasi dan penerbitan filem serta program TV. \n\n\n\n\nMalahan lawatan ini yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan FINAS, N Balaraman adalah sebahagian daripada atur cara FINAS sempena dengan Pasaran industri kandungan kreatif di Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2011 (TIFFCOM2011) yang berlangsung di Roppongi Mori Tower, dalam daerah Tokyo daripada 24 Oktober hingga 28 Oktober lalu.Kegiatan animasi yang semakin berkembang pesat di Malaysia sebenarnya diikuti dengan penuh minat oleh syarikat produksi animasi di Jepun. Malahan kejayaan siri animasi terbitan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC), Saladin yang kini disiarkan oleh stesen TV Al Jazeera Kids Network mendorong syarikat Jepun ingin menjalin kerjasama dengan syarikat animasi tempatan. Firma animasi Jepun yang dikunjungi juga tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman selain memberikan beberapa pesanan penting yang kurang diberi perhatian oleh pengkarya animasi tempatan. Malahan industri animasi Malaysia perlu mewujudkan bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membabitkan IP, pelesenan, pengedaran dan penerbitan. \n\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif daripada filem DLE Co. Ltd (Japan), Shiiki Ryuta berkata, antara perkara penting yang sepatutnya tidak boleh diabaikan oleh pengkarya animasi ialah mengenai pegangan hak cipta dan harta intelek (IP) ke atas setiap animasi serta karektor animasi yang dicipta. Menurutnya lagi, pegangan ke atas IP dan seterusnya dilesenkan setiap hasil karya itu tidak boleh diabaikan sama sekali kerana ia akan memberikan kepentingan dari sudut jangka panjang. “Bidang animasi adalah industri membabitkan kos yang besar. Jadi, bagaimana hendak menjana keuntungan secara konsisten. Ramai yang ghairah untuk dijual kepada stesen TV. Memang itu satu faktor yang boleh buat duit. Tapi selepas tempoh tertentu, apabila tempoh episodnya tamat, maka ia sudah tidak boleh buat keuntungan. Jadi apa selepas itu?“Filem? Ia boleh dibuat tetapi memerlukan pelaburan besar. Nak keluarkan DVD? Pulangannya sangat sikit, malahan tidak menguntungkan. Tambahan pula persaingan DVD sangat sengit dengan muat turun haram.“Sesuatu animasi boleh menjana keuntungan lumayan apabila setiap karektor itu boleh dijadikan bahan dagangan (merchadising), boleh diaplikasikan sebagai alat permainan atau game. Tapi kalau kita tidak ada hak ke atas IP, bagaimana hendak melakukan semua itu,” katanya kepada delegasi Malaysia yang berkunjung ke pejabatnya. DLE kependekan daripada Dreams Link Entertainment pada asalnya dikenali sebagai Pasania ditubukan pada tahun 2001 dengan modal berbayar kira-kira RM1.2 juta. Pada tahun 2003 nama Pasania ditukar kepada DLE dan pada tahun 2008 firma ini mencatatkan keuntungan bernilai RM15 juta. Ryuta berkata, untuk mempopularkan setiap watak atau karektor animasi memang sangat sukar dan ia juga memerlukan masa yang lama. Shiiki berkata, DLE mengagumi kesungguhan kerajaan Malaysia dalam membangunkan industri animasi dan peluang itu patut digunakan sebaik-baiknya oleh pengkarya animasi tempatan. “Kesungguhan dan komitmen kerajaan Malaysia memang sudah kami tahu. Kami mengikuti dengan penuh minat perkembangan ini dan sedang memikirkan apa yang boleh kami buat terhadap industri animasi di Malaysia.“Kami juga bersedia untuk menjalin kerjasama dengan syarikat produksi animasi dari Malaysia. Anda boleh hubungi kami untuk berbincang lebih lanjut kalau ada idea menarik yang boleh dikongsi,” katanya. Ketika melawat Nippon Animation Co. Ltd pula, Pengurus Besarnya, Yasuhiko Matsouka menceritakan pengalaman syarikatnya menjalin kerjasama dengan produksi dari Eropah. “Syarikat ini ditubuhkan pada 1975 dengan membuat kerjasama penerbitan bersama syarikat dari Jerman, diikuti dengan Itali, Sepanyol dan Perancis. Memang banyak cabarannya apabila bekerjasama dengan syarikat asing tetapi apa yang penting ialah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada mereka bahawa kita boleh buat seperti diminta. “Kami sudah membuktikan perkara ini. Dalam konteks Malaysia, kami masih mahu tunggu dan lihat. Malaysia masih dianggap baru bagi kami untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang produksi ini. Ia tidak mustahil dilakukan tetapi memang bukan sekarang,” katanya. Sementara itu, firma animasi terkemuka Jepun, Toei Animation Co Ltd yang ditubuhkan sejak tahun 1956 mengakui sehingga kini mereka sedang menilai potensi kerjasama dengan syarikat animasi dari Malaysia. Toei Animation kini mempunyai empat pejabat di luar negara iaitu Shanghai, China; Hong Kong, Filipina dan Paris, Perancis adalah pemegang berlesen ke atas ratusan harta intelek karya anime dan komik mangga popular Jepun. Antaranya ialah Dragon Ball, Digimon, Captain Future dan Ninja Akakage. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masashi Nakamura berkata, kebanyakan syarikat animasi Jepun tidak selari dengan dasar dan hasrat kerajaan supaya mereka mencari peluang untuk bekerjasama dengan syarikat animasi luar negara seperti Malaysia, Korea dan India.“Sebab itulah kami agak ketinggalan. Tapi firma kami ada banyak bahan harta intelek yang belum dikembangkan untuk dijadikan bahan animasi secara besar-besaran. Kami sedar untuk melabur dalam sektor animasi ini bukanlah mudah kerana membabitkan kos yang besar,” katanya. Ketika melawat NHK Enterprise Inc iaitu anak syarikat kepada stesen penyiaran kebangsaan Jepun, NHK, mereka mengakui belum benar-benar bersedia untuk melabur atau bekerjasama dengan mana-mana syarikat produksi animasi luar negara, termasuk dari Malaysia. Ini ditegaskan oleh Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Antarabangsa NHK Enterprise, Shunji Yamada yang berpendapat industri animasi Jepun sudah agak ketinggalan berbanding dengan negara lain.“Suatu ketika dulu, memang kami pengeluar animasi nombor satu sekurang-kurangnya di Asia. tetapi bukan sekarang. Ketika ini, India, Korea, malahan Malaysia dilihat sangat agresif dan industri animasi di negara ini berkembang sangat pantas. “Karya dan ciptaan animasi Malaysia, Korea dan India juga semakin baik. begitu juga dengan teknologi dan kawalan kos. Walaupun NHK belum merancang untuk menjalin kerjasama, tetapi kami sedang menunggu masa untuk berbuat demikian pada bila-bila masa,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059480 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list