CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Pelaksanaan projek ETP lancar

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelaburan RM10 bilion direalisasikan dengan 53  peratus EPP dilaksanaPELAKSANAAN projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah memberangsangkan dengan pelaburan berjumlah kira-kira RM10 bilion sudah direalisasikan sejak program itu dilancarkan Oktober tahun lalu, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.\n\n\n\n  Beliau yang juga adalah Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata, jumlah itu adalah 64 peratus daripada keseluruhan komitmen pelaburan untuk tahun ini yang berjumlah RM15 bilion.\n\n\n\n\n  Di samping itu, katanya, sebanyak 70 atau 53 peratus daripada 131 Projek Permulaan (EPP) sudah dilaksanakan.“Pelaksanaan EPP berjalan lancar. Jika mengambil kira sesetengah EPP yang memiliki lebih daripada satu projek, kita kini mempunyai 97 peratus projek dalam pelbagai tahap pelaksanaan.“Ini adalah perkembangan positif dalam tempoh hanya 12 bulan. Dengan penumpuan kepada 12 bidang pertumbuhan utama, keyakinan sektor swasta terhadap ekonomi tempatan juga telah meningkat,” katanya pada taklimat khas sempena 12 bulan pertama pelancaran ETP di Kuala Lumpur, semalam.ETP yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disasarkan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dengan penumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama nasional (NKEA) iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektronik dan elektrikal; pemborongan dan peruncitan; pendidikan; penjagaan kesihatan; kandungan dan infrastruktur komunikasi; pertanian dan Greater Kuala Lumpur.\n\n\n\nIdris berkata, pada separuh pertama 2011, pelaburan sektor swasta meningkat 23.4 peratus kepada RM51.2 bilion, mengatasi pelaburan awam dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Dalam tempoh itu juga, katanya, Pendapatan Negara Kasar (GNI) adalah RM288 bilion iaitu 38 peratus lagi untuk mencecah RM494 bilion yang disasarkan untuk keseluruhan tahun ini.“Dalam enam bulan pertama, ETP sudah mewujudkan 344,000 peluang pekerjaan iaitu kira-kira 50 peratus daripada sasaran keseluruhan tahun ini iaitu 684,000 pekerjaan,” katanya.Pada taklimat itu, Idris turut menjelaskan perkembangan terkini 10 projek yang giat dilaksanakan di seluruh negara termasuk Johor Premium Outlets; pusat kecemerlangan Strand Aerospace Malaysia; kemudahan infrastruktur Telepresence Exchange dan QAV Technologies Light Emitting Diode-Solid State Lighting (LED-SSL).“Johor Premium Outlet di bawah NKEA pelancongan kini siap 95 peratus dengan pelancarannya dijadualkan pada 11 Disember ini.“Dalam NKEA perkhidmatan dan perniagaan, Strand Aerospace yang menerajui inisiatif membangun dan memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kejuruteraan bernilai tinggi pula, sudah memeterai kontrak dengan beberapa syarikat Eropah termasuk Ferchau Engineering dari Jerman dan Spirit Aerosystems dari United Kingdom (UK),” katanya.Sementara itu, katanya, infrastruktur Telepresence Exchange yang dibangunkan VADS Bhd dan Cisco bagi membolehkan mesyuarat maya dijalankan menggunakan video definisi tinggi, juga sudah disiapkan.“Tiga tapak operasi sudah disiapkan iaitu di Menara VADS, Menara TM dan PT VADS Indonesia. Beberapa pembukaan tapak tambahan dijangka diumumkan tidak lama lagi. Ia adalah di bawah NKEA kandungan komunikasi dan infrastruktur,” katanya.Dalam NKEA elektronik dan elektrikal, pusat LED-SSL, pusat pertama dibina American National Standards Institute di luar Amerika Syarikat (AS), di Pulau Pinang sudah mula beroperasi dan pelan pengembangannya kini dalam perancangan.Dalam NKEA minyak, gas dan tenaga pula, kerja pembinaan Fasa 1 Projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas di Pengerang, Johor yang dibangunkan konsortium yang dianggotai Dialog Group Bhd, Royal Vopak dan Kerajaan Negeri Johor sudah bermula pada bulan lalu dan dijangka siap menjelang Oktober 2013 dengan jangkaan penerimaan komisyen pertama pada Januari 2014.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.440190 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list