View: 159|Reply: 0
|
Niaga hartanah lebih RM107.44b
[Copy link]
|
|
Sektor cerminan keadaan ekonomi, pertumbuhan sesebuah negara\rNILAI urus niaga hartanah di Malaysia tahun ini dijangkakan mengatasi angka RM107.44 bilion membabitkan 376,583 urus niaga yang dicatatkan tahun lalu berikutan usaha kerajaan menangani kesan persekitaran ekonomi luar.\r\n\n\n\n\r Presiden Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (JPPH), Datuk Abdullah Thalith Md Thani, berkata sektor hartanah biasanya mencerminkan keadaan ekonomi sesebuah negara dan pertumbuhannya bergantung kepada kedudukan semasa ekonomi.\r\r\n\n\n\n\n “Pertumbuhan ekonomi pula selalunya dimanifestasikan pergerakan urus niaga hartanah. Di Malaysia, kerajaan sudah mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi ekonomi kita daripada kelembapan luar, maka sektor hartanah dilihat dapat terus berkembang,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian kampus baru Institut Penilaian Negara (INSPEN) di Kajang, semalam.\rKampus bernilai RM250 juta itu dibina berhampiran kawasan institut perindustrian di Sungai Merab, Kajang yang bakal menempatkan pelajar dalam bidang penilaian dan pentaksiran hartanah profesional.\rSejak ditubuhkan pada 2004, INSPEN menerima 364 pelajar dan melahirkan 238 pemegang sijil bertauliah dalam bidang penilaian dan pengurusan hartanah.\rPelancarannya disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.\r\n\n\n\n\rAbdullah Thalith yang juga Ketua Pengarah Penilaian Negara berkata, urus niaga hartanah di Malaysia pada separuh pertama tahun ini bernilai RM64.75 bilion membabitkan 214,749 urus niaga.\r“Berdasarkan perkembangan semasa, nilai urus niaga untuk baki tahun ini dijangka terus meningkat, sekali gus melepasi nilai urus niaga tahun lalu. Ia mencerminkan perkembangan sihat industri hartanah tempatan,\" katanya.\rBeliau berkata, kebanyakan urus niaga pindah milik hartanah itu membabitkan wakil ejen hartanah yang dilatih menerusi latihan dalam kerja. \r“Menyedari kepentingan latihan itu, maka JPPH turut menyenaraikan Program Sijil Ejen Hartanah sebagai satu bidang yang perlu disediakan INSPEN.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|