CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Korban giring

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
REZEKI yang diberikan Tuhan bukan milik mutlak dirinya, sebaliknya pinjaman Allah itu sentiasa ingin dikongsi oleh vokalis Nidji, Giring bersama mereka yang memerlukan.Sempena sambutan Aidiladha esok, Giring mengambil kesempatan untuk melaksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur terhadap rezeki yang diberikan Allah untuk dirinya dan keluarga. Giring mengakui, sejak beberapa tahun kebelakangan ini rezekinya dan Nidji begitu murah membuatkan dia berasa wajib untuk berkongsi kegembiraan itu bersama mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.\n\n\n\n     “Kebelakangan ini rezeki Nidji sentiasa lancar. Ketika Tuhan memberikan sedikit kegembiraan, mengapa tidak saya berkongsi nikmat Allah itu bersama mereka yang memerlukan? \n\n\n\n\n    “Mudah-mudahan rezeki yang dikongsi ini membawa sedikit senyuman kepada mereka.Kebiasaannya saya akan menyembelih kambing, namun sejak tiga tahun ini saya senang korbankan lembu,” kata lelaki kelahiran Jakarta, berusia 28 tahun itu.Selain meraikan Hari Raya Korban, Giring atau nama lengkapnya, Giring Ganesha berkata, sembelihan itu juga bagi meraikan kelahiran anak keduanya, Aisyah.“Kebetulan sehari sebelum Aidiladha akan diadakan acara untuk meraikan Aisyah yang mula bertatih, jadi saya satukan dengan korban. Alhamdulillah, persiapannya hampir selesai,” kata Giring yang melonjak bersama Nidji selepas melancarkan album sulung, Breakthru.Membawa gelaran haji selepas menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2008, memori terindah sebagai tetamu Allah masih melekat kukuh dalam ingatan lelaki berambut kerinting itu. Giring belum dapat melupai detik ketika bulu romanya  meremang apabila kali pertama melihat Kaabah. Seraya tanpa disedari, air matanya mengalir laju.\n\n\n\n“Saat itu saya merasa kecil sekali, seolah-olah saya ini bukan sesiapa di mata Allah,” katanya.Penyanyi Sang Mantan dan Laskar Pelangi ini mengakui, dia beruntung kerana menjadi pilihan Allah untuk menjadi tetamu-Nya serta berkesempatan  melihat keindahan Kaabah. Membilang setiap dosanya membuatkan Giring sentiasa diburu ketakutan bimbang jika monumen suci umat Islam itu tidak dapat dilihatnya.“Terlalu banyak pengalaman berharga yang saya belajar sepanjang di Tanah Suci. Saya banyak belajar erti sabar dan pasrah kepada Allah. Malah saya juga mengenal erti toleransi dan sentiasa berfikiran positif. Ketika sampai di Indonesia, saya sedar hidup ini harus dilalui dengan penuh rasa syukur dan ikhlas kerana Allah,” katanya.Masih terimbas di pandangan matanya, panorama yang menyentuh perasaan apabila melihat jutaan jemaah haji berjalan beramai-ramai untuk mengabdikan diri kepada Allah.“Mereka melakukannya semata-semata untuk mencari keredaan Allah. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan namun mereka semua ikhlas dan reda.  Saya juga diuji apabila hampir tergelincir ketika melakukan lontaran. Alhamdulillah tiada kemalangan berlaku. Apatah lagi ketika itu saya juga harus melindungi ibu yang turut menunaikan haji bersama,” katanya.Impak pemergian ke Tanah Suci turut membawa perubahan dalam diri Giring, terutama pada penampilannya. Giring berkata, dia sering menggunakan pakaian rapi dan bersih untuk memudahkan dirinya beribadat tanpa ragu.Bahagia nikah jandaPERNIKAHAN dilalui bersama janda anak satu, Cynthia Riza pada akhir tahun lalu membuahkan kebahagiaan berganda dengan kelahiran Aisyah, sembilan bulan lalu selain ditemani Zidane, anak hasil perkahwinan terdahulu Cynthia. Umpama menikmati bulan madu tidak berpenghujung, Giring dan isteri laluinya dengan penuh kebahagiaan terutama ketika menguruskan anak. Mereka tidak pernah membezakan kasih antara dua cahaya mata itu, malah Zidane dan Aisyah diberi perhatian sama rata supaya tidak timbul perasaan cemburu di hati masing-masing.“Saya tidak pernah membatasi pergerakan Zidane. Biarlah dia membesar seperti anak kecil lain. Saya juga tidak sabar menanti Aisyah dan berjalan. Menanti momen itu cukup menyeronokkan. Saya dan Cynthia sering berusaha menggembirakan hati anak-anak. Kami cuba untuk tidak membangkitkan perasaan cemburu dalam diri mereka. Kalau saya mendukung Aisyah, Cynthia pula akan mengendong Zidane. Kami mahu keluarga kecil ini tumbuh menjadi sebuah institusi bahagia,” katanya. Lebih setahun hidup bersama, Giring bersyukur kerana Cynthia tidak pernah mengongkong pergerakan kariernya. Apa juga masalah, diselesaikan menerusi komunikasi. Selama berpacaran hingga bergelar suami isteri, tidak pernah mereka berdebat. “Dia bertanggungjawab, selesai kerja akan terus pulang ke rumah. Jarang dia berpeleseran dan mungkin itu antara faktor yang membuat rumah tangga kami sentiasa harmoni,” kata Cynthia.Masa berkualiti akui Giring harus diutamakan kerana kesibukan persembahan di luar daerah menyebabkan mereka jarang dapat bersama.“Disebabkan itu, ada yang berasa aneh kerana hubungan kami seperti pasangan berpacaran. Suasana romantis itu harus terus disuntik untuk mengeratkan kebahagiaan suami isteri,” kata Giring sambil mengakui meskipun sibuk dan kerap makan di luar, padat, dia pasti mencari ruang menjamah air tangan Cynthia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067202 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list