View: 148|Reply: 0
|
AIBIM perinci agihan dana PKS
[Copy link]
|
|
Kriteria pembiayaan sedang dimuktamad, guna kaedah perbankan Islam KEMENTERIAN Kewangan dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) sedang pada peringkat akhir membincangkan butiran terperinci bagi pelaksanaan pengagihan Dana Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan syariah berjumlah RM2 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2012.\n\n\n\n Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim, berkata berdasarkan makluman daripada Bank Negara Malaysia, semuanya berjalan lancar dan dana itu bakal dilancarkan bermula tahun depan.\n\n\n\n\n\n Beliau menjelaskan, beberapa kriteria permohonan dan butiran mengenai pembiayaan sedang dimuktamadkan, termasuk menyenarai pendek bank Islam yang akan mengurus dan memantau dana terbabit.“Maklumat lanjut dan kriteria memohonnya akan diumumkan sebaik dana itu dilancarkan dan seperti dijanjikan, penerima dana bakal menikmati pelbagai manfaat termasuk kerajaan akan membiayai sehingga dua peratus kadar faedahnya.“Saya percaya dana ini mampu membantu PKS meluaskan perniagaan tanpa rasa was-was terhadap isu seperti riba memandangkan ia berlandaskan syariah sepenuhnya.“Ia juga akan meningkatkan lagi akses PKS tempatan kepada pembiayaan bagi mempertingkat dan membangunkan sektor itu,” katanya kepada Berita Harian.Hafsah berkata, SME Corp yang bertanggungjawab sebagai penyelaras akan memantau perkembangan semua dana menerusi Bajet 2012 pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Program Pembangunan PKS yang diadakan setiap bulan dengan wakil Kementerian Kewangan.Katanya, ia bertujuan memastikan semua dana menerusi inisiatif dan program pelbagai kementerian dan agensi berlainan itu dapat disalurkan terus kepada PKS yang berkaitan.“Semua dana atau bantuan yang disalurkan ini bakal memberikan impak besar kepada setiap golongan sasaran, sekali gus memperkasakan PKS menjadi lebih inovatif, kreatif dan berdaya saing tahun depan,” katanya.Hafsah berkata, selain memantau perkembangan dana itu, SME Corp turut bertanggung jawab mengawal selia Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta yang khusus untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam.Katanya, dana ini adalah sebahagian daripada langkah awal kerajaan untuk memberikan bantuan segera kepada PKS yang mengalami kerugian disebabkan bencana alam semula jadi seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|