View: 218|Reply: 0
|
‘Malaysia pada landasan tepat’
[Copy link]
|
|
Mampu jadi negara berpendapatan tinggi walaupun berdepan krisis ekonomi globalMALAYSIA berada pada landasan tepat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 meskipun terpaksa berdepan persekitaran ekonomi global semasa yang mencabar berikutan krisis hutang di Eropah serta pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS).\rMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan Oktober tahun lalu akan membantu negara mengekalkan pertumbuhan ekonomi mapan walaupun wujud keadaan tidak menentu pada peringkat antarabangsa.\r\n\n\n\n\r Sepanjang setahun ETP dilaksanakan, katanya, Malaysia berjaya mencatatkan pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM228 bilion atau 13 peratus daripada jumlah sasaran PNK iaitu RM1.7 trilion menjelang 2020.\r\r\n\n\n\n\n Beliau yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata, pelaksanaan program itu juga membantu negara memperoleh pelaburan sebanyak RM171 bilion dan berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 372,361.\rBagi tempoh separuh pertama tahun ini, Idris berkata, Malaysia mencatat PNK sebanyak RM285 bilion atau 56 peratus daripada sasaran tahun ini iaitu RM494 bilion sementara pelaburan diperoleh RM51.2 bilion atau 62 peratus daripada sasaran tahun ini iaitu RM83 bilion.\r“Berdasarkan keputusan setahun pelaksanaan ETP dan separuh pertama tahun ini menunjukkan kita berada di landasan betul untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.\r“Apa yang perlu dilakukan kini adalah terus memberi tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan. Saya yakin Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada forum mengenai ‘Memecah Kod DNA ETP’ anjuran Ernst & Young di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rETP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disasarkan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.\rMenerusi program itu, 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektronik dan elektrikal; pemborongan dan peruncitan; pendidikan; penjagaan kesihatan; kandungan dan infrastruktur komunikasi; pertanian dan Greater Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai pemacu kepada aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|