View: 163|Reply: 0
|
Rompakan jenaka Ala-Murphy, Stiller
[Copy link]
|
|
Filem: Tower Heist Genre: Komedi, Jenayah Pengarah: Brett Ratner Pelakon: Ben Stiller, Eddie Murphy, Casey Affleck, Alan Alda, Matthew Broderick Durasi: 104 minit Tayangan: Mulai 3 November 2011\rAPABILA dua bintang komedi bergabung tenaga dalam sebuah filem, tentunya ia membuatkan peminat ternanti-nanti hasilnya. Mungkin begitulah juga dengan Tower Heist yang menampilkan Ben Stiller dan Eddie Murphy, dua nama besar dalam lakonan jenaka. Penampilan mereka berdua saja seakan sudah membayangkan keuntungan box-office yang mampu diperoleh penerbit.\r\n\n\n\n\r Selain dua bintang berkenaan, ia turut menyenaraikan Casey Affleck, Alan Alda, Matthew Broderick, Tea Leoni, Michael Pena dan Gabourey Sidibe.\r\r\n\n\n\n\n Filem ini berkisar mengenai watak Josh Kovacs (Stiller), pengurus bangunan mewah untuk golongan kaya. Arthur Shaw (Alan Alda) pula ialah seorang daripada lelaki kaya yang menetap dalam bangunan berkenaan. Dia dikatakan menjalankan skim haram yang menipu duit pencen kakitangan bangunan terbabit.\rKovacs memutuskan untuk melakukan rompakan demi mendapatkan kembali semua wang yang diambil daripada mereka. \rBagi menjayakan rancangan terbabit, dia memerlukan bantuan seorang pencuri (Murphy) yang pernah membesar bersamanya, selain satu kumpulan yang terdiri daripada kakitangan bangunan itu.\rWalaupun bukanlah filem komedi yang diletakkan sama taraf filem lakonan Murphy sebelum ini seperti Beverly Hills Cop, ia masih berupaya untuk muncul sebagai hiburan ringan buat semua. Ia umpama penawar mujarab buat waktu bosan anda. Atau lebih tepat, filem yang sesuai ditonton pada hujung minggu.\r\n\n\n\n\rSelain dibarisi pelakon yang terkenal, filem ini juga sarat dengan babak yang mampu membuatkan penonton berteka-teki sendirian, di samping adegan balas dendam yang seronok disaksikan. Kepintaran kumpulan itu mengatur strategi melakukan rompakan sememangnya berupaya menghadirkan senyuman di bibir peminat.\rBagaimanapun, Murphy sendiri tidaklah menguasai judul arahan Brett Ratner ini. Sebaliknya dia boleh dikatakan hanya muncul pada bahagian kedua filem berkenaan, menyebabkan wataknya kurang menyengat pada awal cerita. Watak lain juga kurang memberangsangkan, dengan kebanyakannya lebih bersifat satu dimensi saja.\rPada ketika sama, Tower Heist memang mempunyai tema yang kuat - mengenai golongan pekerja yang ditipu mentah-mentah oleh penjenayah Wall Street. Walaupun tema sebegitu pernah dipaparkan dalam beberapa filem lain sebelum ini, namun ia masih dapat dirasakan dengan baik, apabila sekali lagi diketengahkan menerusi garapan Ratner.\rKeseronokan filem ini juga sebenarnya lebih dirasakan apabila Murphy muncul pada bahagian kedua. Dia nyata memiliki kuasa untuk membuatkan penonton melekat padanya, seperti yang pernah ditonjolkan dalam beberapa filemnya dulu. Sebaik saja dia menjelma, pelakon lain juga mula mengikut rentak, membuatkan Tower Heist lebih kelakar dan menghiburkan.\rDilihat sebagai sebuah komedi yang agak menjadi, filem yang bukanlah bergantung harap kepada elemen jenaka semata-mata ini pada masa sama turut mempunyai cacat celanya, terutama pada rancangan rompakan berkenaan, yang sedikit sebanyak mengganggu keyakinan. \rKeadaan itu membuatkan penonton terfikir seketika, apakah ia ditulis pada saat akhir, ketika filem itu sudah pun mula dihasilkan?
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|