CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Kecewa Fauzi terubat

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bakal arahkan filem Pak Pong di Thailand Januari depanHEBOH sebelum ini kononnya pelakon Fauzi Nawawi bakal mengarahkan filem perang versi Melayu berjudul Bravo 5. Sepatutnya filem yang bakal menampilkan pelakon seperti Fizo Omar, Kamal Adli, Zul Huzaimy dan Corrie Adam sudah menjalani penggambaran pertengahan tahun lalu.\rNamun sehingga kini filem patriotik yang memaparkan perjuangan anggota komando dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini senyap begitu saja. Disebabkan kerap ditunda, akhirnya bayang pun tidak kelihatan. Pastinya perkara itu cukup mengecewakan Fauzi sehingga dia menghantar surat menarik diri daripada projek terbabit.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, kehampaan itu hanyalah buat sementara apabila peluang bergelar sutradara filem kembali jatuh ke ribanya. Menurut pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (DRama) Anugerah Skrin 2010 ini, dia bakal mengarahkan sebuah filem aksi komedi berjudul Pak Pong.\r\r\n\n\n\n\n“Peluang diberikan produksi Nine Country Pictures Sdn Bhd untuk mengarahkan filem sulung mereka dapat juga mengubati kekecewaan sebelum ini. Memang saya teruja dan tak sabar untuk masuk set. Disebabkan filem itu juga saya menolak semua tawaran berlakon, bagi memberikan fokus terhadap filem Pak Pong yang bakal menjalani penggambaran di Thailand pada 16 Januari depan,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pementasan teater Se-Merah Padi baru-baru ini.\rDitanya mengapakah dia memilih luar negara seperti Thailand untuk buah tangan sulungnya, suami pelakon Lisdawati ini berkata, dia sengaja berbuat demikian bagi mengelakkan persamaan dengan filem sedia ada.\r“Saya mahu filem pertama saya menggunakan latar pemandangan berbeza dengan filem lain. Saya sedar, situasi di Thailand ketika ini tidak begitu baik kerana dilanda banjir besar. Namun, lokasi yang kami gunakan adalah di Songkhla dan juga Betong, bukannya Bangkok. Jadi saya rasa ia tidak akan menjejaskan penggambaran filem ini,” katanya.\rPak Pong bakal menyaksikan lakonan tiga pelakon wanita yang semakin menyinar iaitu Neelofa, Siti Saleha dan Nur Fathia.\r\n\n\n\n\rMengenai pembabitannya dalam teater Se-Merah Padi, Fauzi berkata, dia mempunyai alasan tersendiri memilih untuk berlakon dalam teater terbitan Keno Production itu.\r“Saya mula terbabit dalam dunia seni menerusi drama bercorak purbakala. Bagaimanapun drama bercorak sebegitu sudah tidak diterbitkan lagi. Jadi apabila ada peluang untuk kembali berlakon dalam genre purbawara, saya tidak perlu berfikir panjang untuk menerimanya.\r“Lagipun dalam teater ini, saya akan memegang watak sebagai Taruna, yang pernah dilakonkan seniman Allahyarham Nordin Ahmad. Dia memang idola saya,” katanya yang akan menunjukkan kemahiran bersilat dalam teater ini.\rEnggan berlakon dengan isteri\rJIKA setengah pelakon lain lebih selesa apabila digandingkan dengan suami atau isteri sendiri dalam filem ataupun drama, namun ia bukanlah sesuatu yang digemari Fauzi. Alasan diberikannya cukup mudah, iaitu dia sukar untuk bersikap profesional apabila bergandingan dengan Lisdawati.\r“Terus terang saya katakan, saya banyak menolak tawaran berlakon yang mahu saya digandingkan dengan isteri sendiri. Saya menolak kerana ada ketika saya sukar untuk membezakan peranan saya sebagai suami dan juga pelakon apabila berada dalam set yang sama. Walaupun saya kena bersikap profesional, tapi sekejap saja, kerana selepas itu saya kembali berasakan yang saya ialah suami kepadanya.\r“Jadi untuk mengelakkan perasaan kurang selesa kepada banyak pihak, saya cuba mengelakkan daripada berlakon bersamanya. Lis pun menggalakkan saya untuk berlakon dengan orang lain,” ujarnya.\rKetika diminta mengulas mengenai kemenangan isterinya dalam kes mahkamah membabitkan pelakon Nadia Mustafar, Fauzi mengharapkan perkara itu mampu memberi pengajaran kepada ramai pihak.\r“Apa yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran supaya berhati-hati dalam memberi kenyataan. Apa yang berlaku antara Lis dan Nadia, saya tidak pernah masuk campur. Malah, kalau ditawarkan berlakon dengan Nadia, saya tidak kisah untuk menerimanya kerana saya amat profesional,” katanya yang turut berkawan baik dengan suami Nadia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055226 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list