CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Fragmen: Antara Skop, MIG dan KRU Studios

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DALAM industri perfileman tempatan ini, terdapat tiga syarikat penerbitan yang dianggap aktif. \rAktif dalam hal ini bermaksud mereka menyiapkan sesebuah filem mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak menunggu masa lama untuk ditayangkan. \r\n\n\n\n\rSyarikat ini ialah Skop Productions, MIG Movie Productions dan KRU Studio. Memang ada syarikat penerbitan filem lain, tetapi kita berasakan tidak seperti ketiga-tiga syarikat itu yang mempunyai perancangan lebih teratur daripada peringkat persiapan kepada penggambaran sehinggalah kepada penayangan. \r\r\n\n\n\n\nAda dua syarikat penerbitan filem yang di bawah payung konglomerat gergasi iaitu Grand Brilliance Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai PrimeWorks Film dan Tayangan Unggul Sdn Bhd. GBSB di bawah naungan Media Prima Berhad (MPB), manakala TUSB pula antara cabang dalam Astro.\rGBSB dan TUSB, boleh anggap pengeluar filem genre drama yang berjaya. Filem seperti Sepi, Nur Kasih The Movie, Talentime, Lagenda Budak Setan, Setem, Malaikat antara produk yang berada kelasnya dan menjadi satu imej kepada kedua-dua syarikat penerbitan ini.\rMemang giat menerbitkan filem, tetapi penampilan mereka seperti tidak konsisten. Hanya baru-baru ini GBSB atau PrimeWorks mahu bangkit untuk menjadi penerbit filem tempatan lebih kompetitif. Manakala TUSB pula agak perlahan dan terlalu berhati-hati walaupun menerbitkan banyak filem.\rBerbeza dengan MMP. Syarikat ini sangat aktif. MMP macam ‘kilang filem’ kerana menyimpan matlamat mengeluarkan 29 filem setahun pada tahun 2012. \r\n\n\n\n\rSkop pula sejak ‘kelahiran’ Syamsul Yusof kembali rancak mewarnai dunia perfileman selepas beberapa tahun menyepikan diri. KRU Studio juga semakin bersemangat menghasilkan filem dengan gaya tersendiri walaupun tidak sehebat MMP atau Skop. \rBeberapa syarikat korporat ada menunjukkan minat melabur dalam industri perfileman. Namun, selepas dua atau tiga filem dihasilkan, semuanya gagal menyebabkan mereka menarik daripada industri ini. Perniagaan perfileman memang berisiko tinggi.\rKalau setakat ada duit dan angan-angan besar saja tidak memadai dalam industri filem ini. Mereka yang mahu menceburi bidang ini perlu ada perancangan yang teliti dalam semua aspek daripada penerbitan hingga kepada pemasaran. Sekalipun dilihat sebagai hiburan, ia kerja buat filem ini tidak boleh dianggap ‘main-main’ kerana kesannya sungguh besar. \rKalau untung baguslah, kalau boleh balik modal ia sudah melegakan, tetapi apabila merugikan membuatkan penerbit haru biru. \rOleh itu, mana-mana syarikat besar yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perfileman ini, seharusnya mendapatkan nasihat daripada pihak yang cukup arif dalam selok-belok industri ini. Mendapatkan pandangan daripada pengarah yang mempunyai rekod kerja cemerlang, pelakon berwibawa atau kru filem yang masak dengan selok-belok industri ini.\rPelabur baru ini harus juga mendapatkan nasihat daripada penerbit yang terbabit secara langsung dalam soal kos dan strategi perniagaan. Industri perfileman tidak sekadar bercakap soal apa cerita nak buat, soal siapa pelakon, pengarah atau penggambaran. Tapi soal strategi perniagaan seperti berapa pemasaran, promosi, publisiti, pegangan harta intelek (IP), hak cipta juga perlu diambil kira. \rJanganlah sesekali terbabit dalam industri perfileman ini kerana hendak glamor, sekadar hendak mencari peluang bergambar dengan pelakon cantik dan tampan dan kemudian terpampang di akhbar, majalah serta TV. \rKita bangga MIG menjadi syarikat filem produktif. Tapi kita jadi lebih bangga MIG bukan saja sekadar hasilkan filem komersial secara total, tetapi pada masa menerbitkan karya bermutu serta boleh diketengahkan ke persada antarabangsa. Ini meningkatkan lagi imej dan profil MIG berbanding sekarang hanya bersifat ‘jaguh kampung’. Tidak salah sekiranya sebahagian keuntungan MIG dilaburkan menerbitkan filem berprestasi tinggi dengan kos yang sedikit lebih daripada biasa. \rSkop juga seharusnya tidak boleh terlalu bergantung kepada Syamsul. Bayangkan apabila sampai ke tahap kemuncaknya, Syamsul ketandusan idea, ini sudah tentu memberi kesan besar kepada Skop. Inilah yang berlaku kepada Datuk Yusof Haslam. Sampai pada satu peringkat, Yusof sudah tidak mampu mencetuskan karya ‘magis’ untuk bersaing dengan karyawan filem generasi sekarang menjadikan beliau Skop terpaksa ‘berehat’ agak lama sebelum kemunculan Syamsul. \rKRU Studios kita anggap sebagai syarikat penerbitan filem dengan gaya tersendiri, sesuai dengan mood dan cita rasa tiga bersaudara, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. KRU Studio lahir dengan pergerakan yang agresif, bersemangat tinggi dan keberanian membuat pelaburan besar dan mahal iaitu mempraktikkan teknologi perfileman terbaik. \rMenampilkan kesan khas animasi, penjanaan imejan berkomputer (CGI) berteknologi tinggi, dengan elemen sains fiksyen dalam ceritanya membuatkan KRU Studio sebagai syarikat penerbitan filem lain daripada yang lain. Dari aspek pemasaran dan penjenamaan, KRU Studios secara perlahan-lahan dilihat membina rangkaian penerbitan dan pengedaran serta kerjasama rakan kongsi di peringkat antarabangsa. \rMungkin sudah mencapai sasaran penerbitan 50 hingga 60 filem setahun. Pada peringkat ini kelak, sudah tiba masanya nanti akan ada syarikat penerbitan filem yang dilabel sebagai pengeluar filem gred A, B dan C seperti mana berlaku pada industri filem Hollywood. Pengeluar filem tempatan tidak perlu berasa kecil hati kalau kemungkinan filem terbitan itu diletakkan dalam gred tertentu kerana produser atau pengkarya berjiwa besar sudah tentu melihat perkara ini sebagai satu cabaran. \rKetika ini memang belum ada filem yang dilabelkan mengikut gred walaupun dalam banyak keadaan ada filem kita ada bertaraf sebuah drama TV atau sesuai untuk VCD dan DVD, bukan tayangan di layar lebar. Tapi bersiap sedialah untuk menuju ke arah itu nanti. - [email protected]. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.050223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list