View: 151|Reply: 0
|
SP Setia lancar KL Eco City
[Copy link]
|
|
Projek RM6b bakal ubah wajah Kampung Haji Abdullah Hukum\rSP Setia Bhd melancarkan projek hartanah terbarunya, KL Eco City, iaitu projek pembangunan hartanah hijau bersepadu pertama di Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r Projek bernilai RM6 bilion itu dimajukan di kawasan seluas 9.6 hektar di sepanjang Jalan Bangsar yang juga bertentangan pusat beli -belah Mid Valley City.\r\r\n\n\n\n\n Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata projek hartanah bercampur yang dimajukan SP Setia secara usaha sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan dibangunkan dalam empat fasa dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun.\r“Kerja pembinaan fasa pertama sedang berjalan dan kami menjangkakan ia akan siap dalam tempoh empat tahun,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek itu di Kuala Lumpur semalam.\rPelancarannya disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.\rPada majlis itu, SP Setia turut memeterai perjanjian kemudahan pembiayaan Islam bersindiket bernilai RM460 juta dengan tiga bank Islam iaitu HSBC Amanah Malaysia Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd dan Bank Muamalat Malaysia Bhd.\r\n\n\n\n\rLiew berkata, pelaksanaan projek itu bakal memberi nafas baru kepada Kampung Haji Abdullah Hukum untuk menjadi bandar moden, sekali gus menjadikan ia antara pusat tumpuan perniagaan dan kediaman di Bangsar.\r“Apabila siap kelak, KL Eco City dijangka mempunyai kira-kira 30,000 penduduk,” katanya sambil menambah pihaknya dan DBKL mengambil masa 10 tahun untuk menyelesaikan isu tanah dan perpindahan penduduk di kawasan berkenaan.\rMengenai kemudahan pembiayaan Islam bersindiket RM460 juta, Liew berkata ia akan digunakan bagi membiayai pembinaan infrastruktur projek KL Eco City.\rKatanya, SP Setia akan melabur lebih RM150 juta bagi menghubungkan KL Eco City dengan lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya Baru Pantai serta jambatan penghubung merentasi Sungai Klang ke Mid Valley City bagi kegunaan pejalan kaki.\rProjek itu juga, katanya akan dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bersepadu seperti aliran transit ringan (LRT) dan stesen komuter baru yang dijangka siap 2015.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|