View: 238|Reply: 0
|
Dengarnya...: Scha, Lisa kahwin 2012?
[Copy link]
|
|
Dengarnya...: Scha, Lisa kahwin 2012?Oleh Normah Becok2011/11/17\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nBAGAI ada aroma mengasyikkan yang mula bertebaran mengenai hari bahagia dua pelakon wanita jelita, Scha Alyahya dan Lisa Surihani bersama arjuna hati masing-masing.Terbaru, sumber memaklumkan Cik Normah dengan begitu yakin bahawa perkahwinan gemilang membabitkan Lisa dan Scha yang juga personaliti Wajah Eksklusif Astro ini akan berlangsung awal tahun depan. Stesen TV berbayar itu pula dikatakan rancak membuat persiapan itu dan ini demi kelancaran majlis berkenaan.\n\n\n\nKhabar angin turut bertiup kencang mengenai pembabitan stesen TV kabel berbayar itu, yang secara automatik mendapat hak eksklusif menyiarkan majlis perkahwinan terbabit. \n\n\n\n\nSumber itu berkata, Lisa akan terlebih dulu disatukan dengan Yusry sekitar hujung Februari depan. Ia disusuli dengan giliran Scha dan Awal sekitar Mac. Begitupun kata Scha kepada Hip, seperti kenyataannya sebelum ini perancangan ke arah itu (berkahwin) memang ada. Umum juga tahu hingga saat ini, Scha dan Awal juga tidak berdolak-dalik menceritakan kisah cinta dan perancangan kahwin mereka.“Memang sesiapa yang bercinta pun, mahu memastikan pengakhiran yang indah dalam hubungan mereka. Scha tak terkecuali. Cuma kalau ditanya bab tarikh atau mengenai spekulasi tarikh ini, Scha sendiri tak boleh nak mengesahkannya kerana hal kahwin ini membabitkan banyak pihak termasuk keluarga.“Kemungkinan kami berkahwin tahun depan itu juga ada. Tetapi lebih manis jika persoalan ini diajukan kepada pihak lelaki (Awal). Scha sendiri tak suka nak pukul canang perkara yang belum tentu pasti hujung pangkalnya. \n\n\n\n“Kalau nak jawab, ada jodoh adalah... Barangkali agak klise bunyinya. Tetapi itulah jawapan yang sering digunakan dalam mengharapkan ia menjadi kenyataan dan didoakan bersama. Scha lebih selesa bercakap bila perlu.Doakanlah yang terbaik,” kata Scha yang kini sibuk mempromosikan filem Aku Bukan Tomboy terbitan Skop Productions bersama Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.Scha juga khabarnya inginkan majlis perkahwinan yang tidak terlalu gah, tetapi bersifat intim dan boleh dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat. Sementara itu, Lisa pula berkata, ramalan tarikh perkahwinan yang disebut itu kurang tepat.“Mungkin pasangan lain gamaknya. Setahu Lisa hingga setakat ini, Abang (panggilan kepada Yusry) belum ada perancangan untuk masuk meminang. Yusry pun tak ada cakap apa-apa. Insya-Allah apabila semuanya sudah sah dan menjadi seperti dirancang, pasti kami akan berkongsi mengumumkan cerita gembira ini. Doakan.“Seperti yang diketahui Abang memang serius mahu memperisterikan Lisa. Tapi masing-masing sibuk. Abang sibuk melunaskan baki penggambaran filem Vikingdom - Live By The Sword manakala jadual Lisa agak longgar sedikit ketika ini kerana jadual penggambaran filem baru ditunda dan hanya memenuhi komitmen untuk jurucakap produk.“Sukar untuk Lisa sendiri bercakap dan menjawab mengenai hal ini termasuklah bila kami akan berkahwin. Kalau jodoh kami kuat, mungkin boleh jadi 2012, 2013 atau tahun mendatang bakal menjadi saksi hari bahagia kami. Sebaiknya, Lisa serahkan kepada Abang,” kata Lisa yang turut berentap dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Sekali Lagi untuk malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 20 November ini.Cik Normah pula tidak kisah bila pasangan ini hendak berkahwin. Yang penting, kalau kad sudah dicetak nanti, janganlah lupa kirimkan sekeping dua untuk kami di sini ya!
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|