CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

Sudah puas seksi

[Copy link]
Post time 17-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelab jadi medan terbaik timba pengalaman sebagai penyanyiSEKSI ialah perkataan yang cukup sinonim dengan penyanyi ini, ketika dia masih aktif berkecimpung dalam cabang seni muzik. Setiap kali kelibatnya muncul sama ada untuk mengadakan persembahan ataupun sesi fotografi, penampilannya pasti menggoncang dada mana-mana lelaki yang memandangnya.\n\n\n\nDengan lirikan mata yang menggoda serta keberaniannya memberikan aksi berani, membuatkan nama Ramziela yang kini bergelar Datin begitu pantas mendaki carta populariti. \n\n\n\n\nSelak saja majalah hiburan sekitar era 90-an, pastinya wajah jelita Ramziela akan kelihatan. Namun kehebatan namanya bukanlah hanya disebabkan penampilannya, tetapi bakat yang ada pada wanita ini juga pastinya turut menyumbang ke arah gemerlapan kariernya itu.Suara serak-serak basah dan gaya persembahan yang memukau pandangan adalah tanda dagangnya selama bergelar anak seni dan dua perkara itulah yang berjaya meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi popular zaman seangkatan. Meskipun kelibatnya sudah jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan dan sudah pun meletakkan tanda noktah terhadap dunia nyanyian, namun Ramziela masih tetap mempunyai peminat yang mendambakan cerita terbaru daripadanya.Atas hakikat itu, Hip mengatur pertemuan dengan wanita yang kini bergelar ahli perniagaan berjaya ini. Memilih lokasi Berjaya Equestrian and Country Resort, Bukit Kiara, sebagai tempat sesi fotografi diadakan, wanita berusia pertengahan 40-an ini hadir ditemani anak perempuan tunggalnya, Lily Nurlynna, 10, bersama himpunan album gambar yang merakam pelbagai memori sepanjang bergelar anak seni.\n\n\n\nPerbualan kami bermula dengan mengimbas kisah lalu sewaktu dia mula-mula menceburkan dalam bidang muzik. Apa yang dilalui Ramziela tidak sama dengan apa yang dikecapi penyanyi masa kini, di mana peluang untuk bergelar artis rakaman cukup mudah. Menurutnya, jika tidak mempunyai bakat dan hanya bermodalkan wajah serta tubuh semata-mata, kerjaya nyanyian itu takkan ke mana.“Sebelum menjadi artis rakaman, saya banyak menimba pengalaman menyanyi di kelab. Dari satu kelab ke satu kelab lain, kami berhijrah sehinggalah kumpulan kami ditawarkan untuk menyanyi di Singapura. “Bermula sebagai penyanyi kelab sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada saya.“Belajar bagaimana hendak mengawal penonton, cara berkomunikasi dengan baik serta mampu mempelbagaikan gaya nyanyian dan juga genre lagu. Itulah yang saya praktikkan ketika saya berada dalam bidang seni,” ujarnya membuka bicara kami pagi itu.Sambil menikmati hidangan nasi lemak dan Milo ais, Ramziela yang sudah pun mengenakan tudung sekembalinya daripada mengerjakan haji beberapa tahun lalu rancak bercerita pengalaman masa lalu sambil menunjukkan album gambar miliknya.Sesekali dia tertawa kecil jika ada di antara topik perbualan saat itu menggeletek tangkai hatinya.Kembali mengimbau zaman dirinya yang gemar berpakaian seksi, Ramziela berkata, dia sendiri sehingga kini masih tidak percaya dirinya seberani itu ketika kegemilangannya dulu.“Mungkin penampilan saya itu hasil pergaulan dengan anggota kumpulan sewaktu kami membuat persembahan di kelab. Kebanyakan rakan saya dari Filipina dan mereka memang seksi dalam soal berpakaian, jadi saya pun terikut-ikut dengan gaya mereka.“Saya juga tidak malu untuk mengaku bahawa pengetahuan agama saya ketika itu cukup cetek. Kejahilan itulah membuatkan saya berani berposing seksi. Sebutkan apa saja pakaian seksi yang mendedahkan tubuh yang saya tak pakai? Rasanya semuanya pernah cuba.“Kalau bergambar mesti ada aksi di kolam renang, tepi pantai ataupun atas katil. Waktu itu nama saya memang panas dan sering menghiasi majalah hiburan tanah air,” katanya yang pernah dinobatkan peminat sebagai artis paling seksi sekitar 1990-an oleh sebuah majalah.Berhenti menyanyi selepas kahwinSEJAK mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Datuk Sallehuddin, segala aktiviti seni yang selama ini menjadi punca rezekinya dihentikan serta merta. Kehidupannya banyak dihabiskan dengan melayan suami serta anak perempuan tunggalnya, selain menguruskan perniagaan membekal peralatan keselamatan.Malah sejak menunaikan haji sekitar 2001, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Gemilang Cinta ini sudah pun mengenakan tudung. Begitupun, kejelitaan Ramziela masih tetap terserlah.“Sebaik saja kami berkahwin, Datuk meminta saya berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian terhadap rumah tangga. Bagaimanapun, sesekali ada juga lepaskan gian dengan menyanyi di majlis sekolah anak saya. Itupun di atas persetujuannya.“Walaupun sesekali terbit juga perasaan rindu pada dunia hiburan, namun kesibukan menguruskan perniagaan serta kehidupan membuatkan perasaan itu hilang dengan sendirinya. Lagipun tiada apa lagi yang mahu saya kejar. “Cukuplah dengan apa yang saya lalui sebelum ini. Itu semua kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Saya bahagia dengan kehidupan saya kini,” ujarnya sambil mengukir senyuman. Antara album Ramziela:Hati Seorang Perempuan (1989)Gemilang Cinta (1990)Doa dan Harapan (1990)Mencari Cahaya (1997)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045968 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list