View: 124|Reply: 0
|
Maybank sasar tingkat bil pengguna kad
[Copy link]
|
|
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) menyasar peningkatan 20 peratus pengebilan bernilai kira-kira RM200 juta menerusi program penggunaan \'Maybankard 2 Cards Shop for Free\', kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kad, Kekayaan dan Pembayaran, B Ravintharan.\r“Menerusi program itu perbelanjaan menggunakan kad Maybankard 2 American Express (Amex), boleh menyumbang kepada kepada peningkatan penggunaan,” katanya di Kuala Lumpur, semalam. Kempen itu bermula pada Ogos dan berakhir 30 September.\r\n\n\n\n\r Ravintharan berkata, program itu sudah menambah bilangan pemegang kad kepada kira-kira sembilan hingga 10 peratus dan pengebilan kira-kira 19 peratus tahun ke tahun.\r\r\n\n\n\n\n Beliau juga menjangkakan pengebilan kurang 20 peratus tahun depan, dengan berkata, keadaan ekonomi ‘dijangkakan sedikit berbeza’.\r“Orang ramai bagaimanapun tidak dapat lari daripada perbelanjaan perlu,” katanya.\rRavintharan berkata, pengebilan bank itu berjumlah kira-kira RM1 bilion sebulan. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|