CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Musharraf pulang 2012

[Copy link]
Post time 26-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Presiden Pakistan tidak takut ancaman bunuhDUBAI: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dianggap mengambil langkah mengejutkan untuk pulang lebih awal ke tanah air pada 31 Januari 2012, bukan 23 Mac.\rKrisis politik yang semakin serius dan peningkatan mendadak populariti Imran Khan di Pakistan kononnya menyebabkan Musharraf membuat keputusan itu.\r\n\n\n\nMusharraf yang tinggal dalam buangan, melancarkan parti politiknya sendiri Liga Islam Pakistan (APML) Oktober lalu dalam cubaan memberi pilihan ketiga dalam pilihan raya Pakistan.\r\r   “Kami hampir memuktamadkan struktur organisasi parti di Pakistan dan memberi laluan untuk kepulangan pemimpin kami,” kata  jurucakap APML, Fawad Chaudhry, kepada Gulf News.\r\n\n\n\n\n\rApabila ditanya mengenai kepulangan awal Musharraf, beliau tidak mengesahkan tarikh itu namun mengakui keputusan diambil supaya Musharraf kembali lebih awal. Beliau berkata rancangan rasmi kepulangannya akan diumumkan akhir bulan depan.\rKira-kira lima pesawat dipenuhi penyokong akan menemani Musharraf ke Pakistan. Beliau akan memulakan perjalanannya dari London dan sampai ke Pakistan menerusi Dubai. Bagaimanapun, satu keputusan belum diambil sama ada beliau akan mendarat di Karachi atau Islamabad.\rSementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Pakistan mendedahkan kepada Gulf News bahawa Islamabad sudah memaklumkan kepada Musharraf mengenai ancaman terhadapnya  jika pulang.\r“Kami menasihatkannya tidak pulang kerana ada ancaman terhadap dirinya bukan hanya daripada pelampau namun pihak lain,” kata pegawai itu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.571904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list