View: 228|Reply: 0
|
Pegangan ekuiti tak banyak berubah
[Copy link]
|
|
PEGANGAN ekuiti korporat secara relatifnya tidak banyak berubah dalam tempoh 1990 hingga 2008, demikian mengikut Peneraju Agenda Bumiputera atau TERAJU.\r“Pemilikan Bumiputera dalam modal saham pada nilai tara berada pada 21.9 peratus pada 2008 berbanding 19.3 peratus pada 1990. Angka ini adalah masih rendah daripada sasaran 30 peratus,” katanya dalam dokumen Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.\r\n\n\n\n\r Mengikut TERAJU, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera lebih tinggi dalam sektor yang mempunyai sumbangan kecil kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).\r\r\n\n\n\n\n “Contohnya, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera paling tinggi dalam sektor pembinaan iaitu 36.4 peratus tetapi sumbangan sektor ini kepada KDNK hanya 3.3 peratus.\r“Sebaliknya, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor pembuatan hanya 11.3 peratus berbanding sumbangan sektor ini kepada KDNK sebanyak 26.6 peratus,” katanya.\rTERAJU, sekretariat kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), menyatakan majoriti syarikat Bumiputera adalah kecil dengan 65 peratus daripadanya menjana keuntungan kurang daripada RM250,000 setahun.\r“Kebanyakan perniagaan Bumiputera lebih berskala kecil dan adalah perusahaan mikro,” katanya, sambil menyatakan 42 peratus perniagaan milik Bumiputera mempunyai kurang daripada lima pekerja manakala 21 peratus mempunyai lima hingga 50 pekerja.\r\n\n\n\n\rSyarikat yang dikuasai Bumiputera, dengan pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 51 peratus, membentuk 25 peratus daripada anggaran 800,000 syarikat berdaftar di Malaysia.\rMelihatkan kepada keadaan semasa, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera akan terus menjadi teras utama dalam Transformasi Ekonomi Bumiputera, kata TERAJU. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|