CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

‘Perangkap’ sendiri PSM

[Copy link]
Post time 8-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEKALAHAN memalukan skuad sepak takraw negara kepada Indonesia pada Sukan SEA, bulan lalu disebabkan ‘perangkap’ dipasang sendiri Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).\rItulah pandangan bekas pengumpan terbaik negara, Abdul Malik Samsudin yang percaya skuad negara tidak akan diaibkan tuan rumah itu seandainya sistem kiraan lama 21 mata digunakan pada temasya dwitahunan itu.\r\n\n\n\n\r  “Saya sudah menyoal mengenai sistem kiraan baru 15 mata sebelum ini bahawa ia tidak akan memberi kelebihan kepada skuad negara, sebaliknya ia akan ‘memakan’ kita sendiri dan ia terbukti benar dengan kekalahan kita kepada Indonesia.\r\r\n\n\n\n\n  “Jadi, bagi saya kekalahan ini disebabkan ‘perangkap’ dipasang PSM sendiri kerana mereka langsung tidak membantah, sebaliknya menyatakan sokongan padu tindakan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) memperkenalkan sistem kiraan baru 15 mata, tahun ini.\r“Mereka jelas tidak mengkaji implikasi sistem kiraan baru 15 mata itu kepada skuad negara yang jelas lemah dalam bertahan, serangan dan servis,” katanya yang pernah membentuk gandingan emas Sukan Asia 1994 bersama Ahmad Jais Baharom, Iskandar Arshad dan Zabidi Sharif.\rDitanya mengenai suara ramai yang mendesak pemimpin PSM bertanggungjawab dengan kekalahan itu dengan berundur secara terhormat, Abdul Malik berpendapat mereka tidak akan berbuat demikian kerana masing-masing mempunyai kepentingan.\r“Jika tidak ada sesuatu, pasti mereka tidak akan terus ‘bergayut’ dengan jawatan masing-masing,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052311 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list