CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Lotus tak bimbang Raikkonen

[Copy link]
Post time 14-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pasukan Formula Satu (F1) Lotus tidak kisah apabila  pemandu barunya dari Finland, Kimi Raikkonen yang juga juara dunia 2007 terbabit dalam kemalangan dan tercedera pergelangan tangannya ketika bertanding dalam perlumbaan kereta salji di Austria, hujung minggu lalu.\rMemori kemalangan yang hampir meragut nyawa Robert Kubica Februari lalu masih segar dalam pasukan yang menggunakan nama Renault sebelum ini apabila pemandu Poland itu masih belum kembali berlumba selepas terlepas keseluruhan musim 2011.\r\n\n\n\n\rBegitupun, ketua pegawai eksekutif Group Lotus, Dany Bahar, milik syarikat kereta lumba milik Malaysia yang dinamakan semula mengikut nama penajanya, membuat kenyataan secara jelas bahawa pemandu tidak boleh diberi layanan manja.\r\r\n\n\n\n\n\"Ia adalah sebahagian daripada tugas kami untuk melakukan sesuatu yang berisiko, kami melakukannya daripada aspek komersial dan korporat, Kimi melakukannya dengan caranya sendirinya,\" katanya.\r\"Saya sukakan karektor sebegini. Malang dia mengalami kecederaan, tetapi ia sebahagian daripada kehidupan.\r\"Kimi adalah Kimi dan sukar untuk menukar gaya hidupnya,\" kata Bahar.\r\"Daripada perspektif pasukan, ia bukan sesuatu yang kami risaukan atau menghalang dia keluar dari rumahnya sendiri.\r\n\n\n\rIa tidak akan berjaya.\"\rLotus minggu lalu berkata, Raikkonen, juara bersama Ferrari dan kini membuat kemunculan semula dalam F1 selepas dua musim menyertai perlumbaan rali, hanya mengalami lebam di pergelangan tangan selepas kemalangan di Austria itu. - Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.031291 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list