CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Khyril sedia gegar Liga-M

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Galas tugas selaku penyerang utama pasukan Hijau Kuning\rPENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zamri sedia menggalas tugas selaku penyerang utama skuad Kenari selepas pengurusan memutuskan tidak mengikat penyerang import bagi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2012.\r\n\n\n\n\r   Khyril yang dipertanggungjawabkan sebagai penyerang utama ketika mengharungi Piala Malaysia musim lalu tanpa kelibat Azlan Ismail yang cedera, menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n   Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kedah hanya mendapatkan khidmat pemain tengah, Daniel Soares Neves atau dipanggil Baroni dan pertahanan Brazil, Danillo Vivaldo bagi mengisi dua slot import - sekali gus meletakkan nama Kyril sebagai penyerang utama.\r“Begitupun, saya tidak berasa janggal beraksi sebagai penyerang utama kerana ia bukan sesuatu yang baru.\r“Lagipun, Kedah tidak pernah bersandarkan kepada seorang penyerang sahaja.\r“Saya juga semakin serasi dengan Baroni dan perlawanan persahabatan bertemu Pos Malaysia esok (malam ini) akan terus dijadikan medan meningkatkan keyakinan dan persefahaman kami serta beberapa pemain baru yang diserapkan,” katanya.\r\n\n\n\rMenurutnya, bahagian pertahanan Kedah bertambah mantap dan kebal berbanding musim lalu dengan kemasukan Danillo yang turut bijak mencuri peluang setiap kali Hijau Kuning melakukan asakan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047375 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list