CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

EJA bina hangar RM40j di Senai

[Copy link]
Post time 21-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Fasa pertama kemudahan pesawat eksekutif dijangka  siap tahun depan\rEXECUTIVE Jets Asia (EJA) akan membina hangar bagi pesawat eksekutif di Taman Penerbangan Senai di Senai, Johor membabitkan pelaburan RM40 juta.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Prithpal Singh, berkata hangar seluas 7,400 meter persegi yang mampu menampung dua jet bersaiz Airbus A320 dan B737 serta beberapa pesawat eksekutif lain itu akan dibina tapak seluas 0.83 hektar.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, fasa pertama pembinaannya dijangka siap  suku pertama tahun depan dengan dilengkapi ruang hangar pertama di Lapangan Terbang Senai, bengkel mengecat, kemudahan pembersihan pesawat serta peralatan membaiki pesawat.\r“Kami melihat dengan perkembangan industri di Johor, terutama kemajuan Wilayah Iskandar akan menarik lebih ramai pengguna yang menggunakan kemudahan pesawat eksekutif di rantau ini.\r“Sebelum ini, EJA beroperasi selama tujuh tahun di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Pembukaan hangar di Taman Penebangan Senai bukan saja memberikan kami ruang, kemudahan lebih besar untuk membaiki pesawat milik kami, tetapi juga mengembangkan industri penerbangan di rantau ini,” katanya  pada  majlis pecah tanah Executive Jets Asia di Senai,  semalam.\rHadir sama Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Hilmi Mohd Nasir.\r\n\n\n\rPrithpal berkata, selain membaik pulih jet milik EJA, hangar itu  turut menawarkan khidmat baik pulih pesawat  persendirian.\r“Ia adalah hangar yang mempunyai  kemudahan untuk pesawat eksekutif mendapatkan khidmat dengan harga munasabah dan memenuhi semua jenis pesawat mengikut keperluan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036903 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list