CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Unjuran pertumbuhan kekal lima peratus

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengukuhan permintaan domestik rangsang ekonomiKERAJAAN mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan tahun depan pada kadar kira-kira lima peratus berdasarkan permintaan domestik yang kukuh.\n\n\n\n  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan masih komited untuk mencapai sasaran pertumbuhan itu, dan berada pada landasan kukuh untuk mencapainya.\n\n\n\n\n\n  “Jika berlaku sedikit penurunan dalam persekitaran luaran, kita akan masih mampu mencapai (pertumbuhan ekonomi) lima peratus (untuk 2011 dan 2012),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 dan Siri Mata Wang Baru Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara berikutan keadaan tidak menentu ekonomi global yang menjejaskan angka dagangan di kalangan negara berorientasikan eksport.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pelaburan sektor swasta serta pelaburan langsung asing (FDI) berada dalam arah aliran meningkat dan ia diharapkan akan lebih kukuh tahun depan.“Justeru, jika berlaku perkara seperti kelembapan dalam persekitaran luaran, kita masih boleh berjaya mencatatkan pertumbuhan lima peratus, dengan syarat kita berusaha untuk mencapai permintaan dalam negara yang kukuh,” katanya.\n\n\nNajib berkata, bagi memastikan permintaan dalam negara yang kukuh, jabatan kerajaan dan kementerian perlu mencapai kadar yang tinggi dari segi perbelanjaan pembangunan masing-masing.Tegasnya, kerajaan juga yakin untuk mencapai purata pertumbuhan enam peratus setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).“Kita memperkatakan mengenai purata enam peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang dan akan terdapat beberapa tahun yang ia (KDNK) kurang sedikit daripada angka itu manakala beberapa tahun pula akan melepasi enam peratus,” katanya.Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyediakan lebih banyak kelonggaran dalam sektor kewangan termasuk pemilikan asing sebagai sebahagian usaha meliberalisasi sektor perbankan dan kewangan.Mengenai sama ada kerajaan akan membuat keputusan berhubung had 30 peratus pemilikan asing dalam bank perdagangan, beliau berkata akan terdapat lebih keterbukaan dan kelonggaran dalam sektor kewangan.“Akan ada unsur-unsur kelonggaran dalam keputusan kita pada bank asing yang mempunyai bidang tumpuan khusus.“Terdapat bank tertentu yang tidak akan bersaing dengan bank tempatan dan mereka mempunyai fungsi untuk melaksanakan bidang tertentu, justeru pertimbangan khas boleh dibuat untuk itu,” katanya.Mengenai sama ada kerajaan akan menarik balik sekatan urus niaga ringgit di luar negara, Najib berkata, Malaysia tidak bersedia untuk melakukannya buat masa ini, terutama dengan ketidakstabilan pasaran pertukaran mata wang antarabangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.079260 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list