View: 184|Reply: 0
|
Saya bertanggungjawab: Naim
[Copy link]
|
|
‘Kita tak jangka kerana lazimnya pingat dikalung selepas acara tamat’ISU kuartet 4x400 meter negara yang pulang tanpa sempat dikalungkan pingat emas dimenangi menjadi pengajaran paling penting kepada kontinjen negara sepanjang Sukan SEA XXVI yang genap sebulan berlalu, semalam.\n\n\n\n Dalam mesyuarat bedah siasat bersama pengurus pasukan di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam, Ketua Kontinjen, Datuk Naim Mohamad berkata, perkara itu menjadi topik utama perbincangan dan berjanji perkara sama tidak akan berulang pada masa depan.\n\n\n\n\n “Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku. Sepatutnya kuartet berkenaan terus berada di Palembang sehingga dikalungkan pingat, tetapi beberapa tindakan diambil memastikan mereka dikalungkan pingat sebelum pulang ke tanah air menemui jalan buntu.“Kita memang tidak menjangka kerana lazimnya pemenang setiap acara olahraga akan dikalungkan pingat selepas pertandingan mereka tamat pada hari berkenaan, tetapi penganjur memutuskan pingat dimenangi kuartet 4x400 meter itu hanya diberi keesokan hari,” katanya.Naim berkata isu itu bagaimanapun mempunyai hikmah tersendiri kerana kuartet dianggotai P Yuvaraj, S Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasale kemudian mendapat pengiktirafan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalungkan pingat kepada mereka.Dalam pada itu, Naim menuntut beberapa pengurus pasukan yang belum mengemukakan laporan masing-masing supaya berbuat demikian sebelum Ahad ini sebelum diserah kepada MOM pada 31 Disember ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|