CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Sektor pembinaan 2012 kekal rancak

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MRT, kerja tambahan bangunkan KLIA2 antara projek berskala besar ditawarkan kerajaanSEKTOR pembinaan akan terus rancak tahun ini dengan menyaksikan pelbagai kontrak bernilai RM14 bilion ditawarkan kepada kontraktor tempatan.\n\n\n\n  Ia adalah peningkatan 18 peratus berbanding sejumlah RM11.9 bilion yang dianugerahkan tahun lalu.\n\n\n\n\n  Kontrak yang akan dianugerahkan tahun ini itu adalah gabungan kerja baru serta sambungan kerja sedia ada yang akan diumumkan kerajaan dan pemilik projek dalam tempoh terdekat ini.Mengikut pemerhati industri, antara projek berskala besar pertama yang akan diberikan pada 2012 ini ialah My Rapid Transit (MRT) membabitkan beberapa fasa kerja pembinaan bertingkat bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) serta kerja bahagian atas pakej V5 dan V6 dengan nilai terkumpul kira-kira RM12 bilion.Kontrak lain ialah kerja tambahan projek pembangunan terminal tambang murah di KLIA2 (RM1.94 bilion).Pemberian kontrak bagi kerja laluan SBK serta pakej V5 dan V6 dijangka dibuat oleh pemilik projek itu, MRT Corporation (Corp) kepada kontraktor yang layak antara Februari dan Mac ini.\n\n\nKontrak kerja tambahan projek KLIA2 pula akan diberikan pada bila-bila dalam separuh pertama tahun ini.November lalu, pemilik projek KLIA2, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, kerja tambahan projek itu tercetus susulan perubahan dalam beberapa pakej kerja sedia adanya, bertujuan bagi melengkapkannya dengan kemudahan dan ciri kelengkapan untuk sebuah terminal lapangan terbang kelas dunia.Antara lain, ia termasuk perubahan dalam pembinaan terminal bangunan utama yang membabitkan kerja pembesaran ruang bernilai RM420 juta; terminal pesawat (RM160 juta); pemanjangan landasan, laluan teksi dan sistem AGL (RM180 juta); penambahan kerja fizikal (RM670 juta), jambatan udara (RM120 juta), menaik taraf kemudahan menara kawalan trafik udara (RM130 juta) dan pembinaan infrastruktur awam lain (RM260 juta).Susulan perubahan kerja berkenaan, tarikh siap projek itu turut dianjakkan daripada Oktober 2012 kepada tarikh baru, iaitu pada April 2013.Penganalisis di OSK Research, Jeremy Goh menjangkakan momentum kerja akan mulai rancak bermula suku pertama ini. “Sebagai contoh, kerja bahagian atas pakej V5 dan V6 yang  setiap satunya bernilai antara RM500 hingga RM600 juta, dijangka diberikan sama ada pada Februari atau Mac ini dan semua ini bakal mencetuskan permulaan nada positif dalam sektor pembinaan tempatan tahun ini,” katanya.Pakej V5 adalah kerja pembinaan bahagian atas bagi laluan dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras yang turut membabitkan pembinaan empat stesen, sementara Pakej V6 pula adalah laluan dari Plaza Phoenix hingga ke Bandar Tun Hussein Onn dengan pembinaan tiga stesen.Dalam pada itu, Pengarah Urusan Gamuda Group, Datuk Lin Yun Ling ketika ditemui baru-baru ini, turut melahirkan keyakinan bahawa industri pembinaan tempatan kekal cergas tahun ini.“Tahun 2012 ini adalah fasa pemerolehan bagi projek MRT dan saya fikir tender akan dikeluarkan bagi lebih daripada 50 pakej kerja, besar dan kecil, termasuk kerja bahagian bawah tanah, pembinaan aras tinggi dan kerja awam, stesen, kemudahan parkir dan pengangkutan serta pakej sistem,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077279 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list