|
Krisis hutang Eropah terus belenggu pelabur\rPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur pada hari pertama dagangan tahun baru semalam di tengah-tengah petunjuk kukuh dari Wall Street dan pasaran saham Eropah lain yang dipengaruhi data ekonomi yang meyakinkan.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, keyakinan masih goyah apabila krisis hutang Eropah terus membelenggu dengan nilai euro berada di bawah tekanan sementara dolar pula bergelut mengukuhkan nilainya berbanding yen yang muncul sebagai platform pelaburan mata wang asing yang selamat.\r\r\n\n\n\n\n Sesi pertama pasaran saham di Tokyo pada 2012 menyaksikannya ia mencatatkan peningkatan 1.92 peratus atau 161.22 mata kepada 8,560.11, manakala Sydney melonjak 2.11 peratus, atau 86.6 mata kepada 4, 187.8.\rPasaran saham di Seoul ditutup lebih rendah pada 0.49 peratus, atau 9.19 mata kepada 1,866.22. \rPada tengah hari, Hong Kong jatuh 0.80 peratus atau 150.10 mata kepada 18,727.31, Shanghai pula susut 1.37 peratus atau 30.03 mata kepada 2,169.39.\rSementara itu, sentimen kembali pulih susulan data pengeluaran terbaru Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.\r\n\n\n\rInstitut Pengurusan Bekalan AS berkata, indeks pengeluarannya mencecah 53.9 peratus pada Disember, peningkatan 1.2 peratus berbanding November, sekali gus menjadikannya sebagai kadar terpantas dalam tempoh enam bulan, melepasi jangkaan.\rJabatan Perdagangan AS pula melaporkan perbelanjaan pembinaan meningkat 1.2 peratus pada November, juga melepasi ramalan.\rBerikutan perkembangan semasa itu, saham AS melonjak dengan Dow meningkat 1.47 peratus, Nasdaq 1.67 peratus lebih tinggi dan S&P 500 meningkat 1.55 peratus.\rData AS itu turut mengikuti angka positif perbelanjaan pengguna dan pengeluaran di Jerman, selain data pengangguran terbaik yang dicatatkan dalam tempoh 20 tahun, dan semua angka berkenaan mengesahkan aliran kenaikan semasa yang berlaku dalam ekonomi terbesar Eropah itu.\rPada tahun baru, China mengumumkan indeks rasmi aktiviti pengeluarannya meningkat di luar jangkaan kepada 50.3 pada Disember, pulih dari paras terendahnya dalam tempoh 33 bulan, iaitu pada 49 yang dicatatkan November lalu.\r“Pelabur menyambut baik dengan fakta bahawa AS mencatatkan data pengeluaran yang lebih baik dari jangkaan pada Disember,” kata Pengarah Bahagian Kekayaan Swasta Macquarie, Martin Lakos. \r“Saya tidak berasa kita boleh berasa lega bersandarkan kepada data sebulan itu, namun adalah bagus melihat pasaran memberikan reaksi positif kepada berita baik berkenaan,” katanya.\rChris Weston dari IG Markets di Sydney berkata, pelabur seakan memasuki 2012 dengan semangat baru, optimistik dan bersedia untuk melihat dunia dengan lebih yakin,” katanya.\rBagaimanapun, beliau berkata, krisis hutang zon euro masih belum pulih, dengan kadar pengambilan pekerja Sepanyol yang teruk selain angka defisit awam yang terus menerus memberikan tekanan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|