View: 163|Reply: 0
|
KWAP tinjau peluang pasaran hartanah di UK
[Copy link]
|
|
KUMPULAN Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, yang baru saja menyelesaikan pembelian bangunan pejabat keduanya di Australia, akan terus meninjau peluang melabur dalam pasaran hartanah global dengan menjadikan United Kingdom (UK) sebagai destinasi pelaburan selanjutnya.\rKetua Eksekutifnya, Datuk Azian Mohd Noh, berkata pengurus dana pencen itu memperuntukkan empat peratus atau kira-kira RM3.2 bilion daripada saiz dananya untuk dilaburkan dalam pasaran hartanah tempatan dan antarabangsa.\r\n\n\n\n\r “Tahun ini, kami akan terus aktif dalam pasaran hartanah global dan mengembangkan portfolio hartanah KWAP. Selain Australia, UK adalah satu lagi destinasi sasaran pelaburan hartanah utama KWAP,” katanya dalam kenyataan mengumumkan penyelesaian pembelian bangunan pejabat pegangan bebas gred A, ASX Building setinggi 14 tingkat di Sydney, Australia.\r\r\n\n\n\n\n Pembelian berkenaan diselesaikan 22 Disember lalu pada harga A$185 juta (RM592 juta).\rMengulas mengenai pembelian itu, Azian berkata, ia adalah sebahagian usaha dana persaraan itu mengembangkan pelaburan hartanahnya di luar negara dan pihaknya sudah melantik CB Richard Ellis bagi menguruskannya.\rKatanya, ASX Building yang terletak di sudut Bridge Street dan Pitt Street, yang juga adalah daerah kewangan perdana di Sydney mempunyai keluasan 213,089 kaki persegi untuk disewakan yang mana 85 peratus sudah mempunyai penyewa.\rPenyewa utamanya adalah ASX Operations Pty Ltd, yang menduduki kira-kira 57 peratus daripada ruang di bangunan itu, manakala ruang runcit di tingkat bawah disewa oleh HSBC Bank Australia Ltd.\r\n\n\n\rASX Operations adalah sebahagian daripada ASX Group iaitu pengendali pasaran saham Australia.\rPembelian hartanah pertama KWAP di Australia dibuat pada Disember 2010 membabitkan bangunan pejabat di 737 Bourke Street di Melbourne. Ia membabitkan pelaburan A$113 juta (RM361.6 juta). \rKWAP ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007, menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991.\rDengan perbadanan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.\rObjektif KWAP ialah untuk menguruskan dana yang ditubuhkan mengikut Seksyen 13 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 2007, ke arah mencapai pulangan optimum ke atas pelaburannya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|