CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Malaysia fokus kukuh permintaan domestik

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah berdepan  kelembapan ekonomi dunia\rMALAYSIA akan memberi fokus untuk memperkukuhkan permintaan dan penggunaan domestik tahun ini sebagai persiapan untuk berdepan jangkaan kelembapan ekonomi dunia yang mampu menjejaskan pertumbuhan perdagangan negara.\r\n\n\n\n\r  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah itu adalah untuk mengukuhkan ekonomi negara berikutan jangkaan eksport negara mengalami pertumbuhan yang perlahan tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Walaupun eksport penting kepada negara, namun begitu, kelembapan ekonomi dunia menyaksikan negara perlu merangsang ekonomi domestik untuk menjadikan aktiviti pelaburan lebih efektif menerusi pelaksanaan projek dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Promosi Perdagangan Antarabangsa (JPPPA) di Putrajaya, semalam.\rMustapa berkata, prestasi perdagangan Malaysia dijangka tumbuh antara lima hingga tujuh peratus tahun ini di tengah-tengah pertumbuhan perlahan ekonomi global.\r“Unjuran pertumbuhan agak rendah sekitar lima hingga tujuh peratus itu turut membabitkan eksport dan import pada tahun ini,” katanya.\rMengulas mengenai nilai perdagangan sepanjang tahun lalu, beliau berkata, ia dijangka merekodkan pertumbuhan antara tujuh hingga lapan peratus berbanding 18.3 peratus pada tahun sebelumnya.\r\n\n\n\rKatanya, nilai eksport dan import juga diunjurkan tumbuh sekitar tujuh hingga lapan peratus berbanding 15.6 peratus dan 21.7 peratus pada 2010.\r“Prestasi perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga November dijangka melebihi jumlah keseluruhan yang dicatatkan tahun 2010 iaitu RM1.168 trilion,” katanya.\rBagi tempoh sepuluh bulan pertama tahun lalu, nilai perdagangan negara merekodkan pertumbuhan 8.8 peratus kepada RM1.052 trilion dengan eksport dan import masing-masing menyumbang kepada RM577.16 bilion atau 9.1 peratus dan RM474.72 bilion (8.5 peratus).\rProduk elektrik dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada eksport iaitu sebanyak RM197.31 bilion bagi tempoh Januari hingga Oktober 2011.\rIa diikuti minyak sawit dengan RM54.28 bilion, kimia dan produk kimia (RM39.45 bilion), gas cecair (RM40 bilion) dan minyak mentah (RM27.6 bilion).\rBagi tempoh sama tahun lalu, pasaran ASEAN menjadi penyumbang terbesar eksport negara iaitu sebanyak RM142.71 bilion, diikuti China (RM76.49 bilion), Eropah (RM59.96 bilion), Jepun (RM64.92 bilion) dan Amerika Syarikat (RM48.05 bilion).\rMengenai hasil mesyuarat JPPPA, Mustapa berkata, sebanyak 389 program promosi perdagangan luar negara di seluruh dunia dirancang oleh 10 kementerian dan agensi sepanjang tahun ini.\rKatanya, program yang menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan negara akan membabitkan promosi 25 sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), elektrik dan elektronik, logistik, pembinaan, pendidikan serta pelancongan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.343169 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list