CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 1

Tarif lebih rendah tingkat eksport ICT Malaysia ke Brazil

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TARIF import baru bagi 298 produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih rendah diumumkan oleh Dewan Perdagangan Luar Kerajaan Brazil akan meningkatkan eksport ICT Malaysia ke negara Amerika Latin itu. \rTarif itu, yang berkuat kuasa serta-merta, akan kekal sehingga 31 Disember, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).\r\n\n\n\n \r  Ia berkata, kebanyakan produk adalah dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi, dengan duti diturunkan kepada hanya dua peratus daripada masing-masing pada 14 peratus bagi produk IT dan 16 peratus bagi barangan telekomunikasi sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\n  Setakat ini, Brazil adalah pasaran ICT terbesar di Amerika Latin dan negara itu terus berkembang dengan menambah baik prasarana ICT. \rBrazil akan menjadi satu daripada pasaran paling penting bagi industri ICT kerana permintaan bagi produk dan perkhidmatan ICT dijangka berkembang pada 12 peratus, kata perbadanan dalam satu kenyataan semalam. \rMATRADE berkata, pelaksanaan insentif cukai itu dibuat tepat pada masanya kerana ia membolehkan syarikat ICT Brazil mendapatkan produk baru dan inovatif.\r“Memandangkan tarif import ICT yang rendah, pengeluar produk ICT Malaysia perlu bersiap sedia menimbangkan langkah baru untuk menyelaraskan strategi perniagaan mereka di Brazil untuk bersaing dengan efektif bagi memanfaatkan potensi besar pasaran negara itu,” kata MATRADE.  – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2012 12:20 PM | Show all posts
Bagusla...tak payahla bergantung sgt pada US ngan Europe yg dah makin tenat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.080613 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list